Showing posts with label gaji. Show all posts
Showing posts with label gaji. Show all posts

April 30, 2011

Minat Sesuatu Melebihi Tahap Kemampuan


Sejak dari azali lagi... tettt! salah, tipu semua tu! semuanya bermula bila diri sendiri sudah mula pandai mengenal apa itu duit/wang. Bila dah mula pandai kira, ada duit/wang masa itulah semuanya bermula. Kumpul dari mula sehinggalah tak terkira banyaknya jumlah duit yang dapat dikumpulkan. Sanggup tahan makan, dengan alasan standart, "tengah diet" semata-mata jimat cermat untuk hanya sesuatu 'benda' yang terlalu diinginkan, minat yang terlalu sangat walau tak berkemampuan.


Tapi sekarang, tak perlu lagi diet bila dah tiba time gaji... tunggu masa yang betul-betul sesuai, nak belanja beli itu, beli ini. Maklumlah, hutang tak banyak kot... PTPTN pon entah dah berapa bulan tak bayar... *tapi masih ramai dekat luar sana yang tak bayar lagi kan* - maaf jika terasa / sentap. Makin besar gaji, makin banyak hutang kan? Kemahuan melebihi kemampuan, kemampuan tidak setanding kemahuan. 

Tapi tak salah kan? itu namanya minat... bukan memiliki sesuatu yang haram, dengan cara yang haram, atau haram di gunakan.. Hanyalah minat semata-mata...!

P/s : masing-masing ada minat yang pelik-pelik... fahamkan walau tak berapa faham.

[Sambung Baca...Disini]

February 9, 2011

Seorang lagi sudah pergi, tanpa rasa puas dalam hati


Bukan Aku, tapi kawan yang lebih lama dan berpengalaman

Hilang lagi seorang member... Entah bila ada pengganti yang baru, orang atas macam buat tak tahu. Macam menunggu semuanya berhenti, baru nak cari yang baru. Alasan? Takut yang baru tak tahan lama. Macam mana nak tahan dengan mereka kan... syukur ada kenaikan gaji start bulan March. Agak terlambat company ambik tindakan dan kajian, ramai sudah berhenti pon.

Aku respek keputusan member lama, dah lama bekerja disini, pengalaman dan pengetahuan yang ada cukup banyak, ramai yang kenal... Ada yang suka, ada yang tak... Aku tak kisah walau dia bukan sama bangsa dengan aku. Apa ada dengan itu? Kerja sama-sama, gaji pon sama-sama. Cuma dia lebih berpengalaman, aspek kerja tak sesuai dengan gaji! Suruh orang atas settle kan masalah pon sure suruh dia yang pergi setttle kan? Orang atas tu? Lari..lari..dan lari. Dah hilang staff nanti? mana mau lari?


Tempat Baru! Suasana baru... Kerja kuat2, sampai kaya raya! Kasi beli orang atas! 


P/s : Nasib baik kerja dekat casino, kalau dekat hotel dah lama aku ikot join!

[Sambung Baca...Disini]

November 16, 2010

Masanya semakin hampir, selepas itu?



Tik..Tok...Tik..Tok............. Dari bulan Jun, sampai lah sekarang..........sekejap saja kan?dan tak lama lagi, tibalah masanya itu! Lepas tu? Apa nak jadi pon jadilah...tak kisah,tak peduli....Redha saja yang aku mampu.Lagipon, semuanya itu cuma untuk sementara waktu dan sampai sekarang aku masih menunggu peluang untuk apa yang sepatutnya untuk diri aku.

Banyak perkara-perkara baru aku dapat daripada bekerja sebagai _________ .... dan juga membuka mata dan pemikiran aku selama ini...yang mana tak pernah nampak dan tahu akan cabaran mereka-mereka yang bekerja dalam bidang kerja yang sebegini....Mungkin sebab kelayakan yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan seperti ini tidak setinggi tahap yang diperlukan? 

Atau mungkin kerana ada yang sengaja bersikap demikian? Owh, kenapa aku cakap begitu? Ini antara perkara-perkara yang perlu dilalui dalam kerja seharian :
  • Berhadapan dengan karenah customer-customer 'alien' yang sememangnya ingin dilayan seperti VIP.Dan juga bersikap degil dan sesuka hati ingin membuat sesuatu permintaan mengikut kepala keras mereka itu sesuka hati.
  • Perlu selesaikan masalah-masalah jiran-jiran sebelah menyebelah (department), itu masih okey kerana sifat tolong menolong itu amalan mulia.Cuma sakit hati bila jiran tersebut tidak mahu bertanggungjawab terhadap tanggungjawab mereka sendiri...Ish, gaji kan sama, buat kerja lebih gaji pon sama..Tak adil lah begitu kan? Sudah jadi tak ikhlas lah begini.
  • Staff yang semakin kurang...tapi bukan kurang hajar...jumlahnya semakin berkurang! Wahai HR,tolonglah tambahkan lagi ye...yang perlu saja untuk department tertentu.
  • Tidak kisah kerja penat dan bertambah lebih-lebih lagi bila ada stok-stok baru masuk...Cuma,kan lebih bagus jika gaji yang masuk juga sama lebih kurang dengan kerja yang sedia ada? 
Itulah masalahnya...biasa-biasa saja, mungkin bagi mereka-mereka yang sesuai dengan tahap kelayakan kerja tersebut.Cuma bagi aku, agak rugi kerana apa yang ada selama 3 tahun dulu dengan kerja sementara yang ada sekarang memang benar-benar agak merugikan. Cuma berharap agar cepatlah sampai ke tahun depan, kerana peluang yang sebenar untuk aku akan dibuka ketika itu... 

P/s : Bukan mengeluh.....

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics