Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

December 24, 2010

Cubaan Mereka untuk mempengaruhi Kita


Siapa Mereka? Sudah pasti kita sedia maklum kan?Ini bukan hendak mengapi-apikan hanyalah sekadar bertujuan berkongsi maklumat yang baru saja diketahui dari Khutbah Jumaat tadi. Taktik dan cara mereka hendak mengembangkan agama tersebut di Asia ini. Negara kita juga tidak terkecuali. 

Dari apa yang aku dengar tadi, amatlah memeranjatkan kerana mereka sudah ada di mana-mana sahaja media masa dan elektronik.Baik dari bentuk penulisan,visual dan internet. Bukan semuanya media-media ini dikuasai oleh mereka. Dengan cara itu, akan ada daripada saudara-saudara islam kita yang mudah terikut dan terjerumus ke dalam agama tersebut, ataupun terikut dengan budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan agama islam.

Rasanya buktinya agaklah jelas jika dilihat dimukabuku masing-masing... kalau dulu cukup malu dan segan untuk bercumbu mulut, hanya dilakukan di tempat-tempat yang sulit, tetapi kini ia agaklah jelas dan terang siap dijadikan profile picture lagi.Bukan mahu menuduh atau berlagak alim dan baik, cuma itu semunya ada kesan dan akibatnya pada generasi sekarang dan akan datang. Atau juga mungkin, didikan agama yang kurang memberi kesan dan kesedaran.

Banyak lagi sebenarnya cara mereka memasuki dan mendekati untuk menyebarkan lagi agama tersebut ke dalam minda generasi kita.Tapi cukuplah sekadar disini. Kita juga perlulah sentiasa ingat dan berjaga-jaga agar tiada sesiapa sahaja yang berada dekat dengan kita tidak mudah terpengaruh dan terjerumus ke arah perkara berikut.Sudah terlajak, sukar untuk diundur.

P/s : Sekadar ingat dan mengingati diri sendiri dan yang lain-lain...

[Sambung Baca...Disini]

August 26, 2010

Akibat Ketagihan Facebook - Kelebihan dan kekurangan


"Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?" Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik.

"Kejap, bang. Sayang tengah bagi 'kambing' makan ni." Jawab Aminah,sambil terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang digilai ramai orang,

"Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?" Leter suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekatdengan facebook.

Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan suami dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti biasa, menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.

"Mama, tolong Amar buat karangan ni. " Rayu Amar kepada ibunya, Aminah malam itu.

"Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang." Jawab ibunya. Aminah masih meneruskan hobi melayan kawan-kawan lama dalam facebook.

Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar sudah tertidur  atas buku tulis dengan pensel di tangan.Karangannya tidak habis ditulis. Terlalu lama menunggu mama yang tidak kunjung datang membantu.

Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat Malaysia yang menyerang bukan saja anak-anak muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam-jam menulis dan menjawab status kawan-kawan.

Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yangg sepatutnya untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada facebook untuk melegakan perasaan.Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu beribadah pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.

Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil menonton tv kini masing-masing menghadapi facebook di tempat masing-masing. Ibu dan ayah dg laptop masing-masing di bilik. Anak-anak di bilik mereka atau di ruang tamu dan masing-masing punya laptop sendiri.Tiada bunyi, tiada suara kecuali bunyi keyboard dan suara bibik sedang mencuci pinggan di dapur.

Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri???

Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan-kawan masing dan ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai yang di 'add' sebagai 'friends' dan tiada 'mutual friends' di kalangan ahli keluarga.

Ciri-ciri ketagihan facebook:

1. Tidak dapat berenggang dg. internet

2.Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.

3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,

4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline

5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv

6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.

7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.

8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.

9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.

10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.

Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman-teman lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dengan telefon. Adakalanya pada waktu-waktu kritikal facebook amat diperlukan untuk menghubungi seseorang.

Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi anak-anak generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan-rakan dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.

Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita mahu.Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya,orang lain dan alam seluruhnya.

credit : blog iium

P/s : apa kata korang?.....

[Sambung Baca...Disini]

January 8, 2010

Integrate Twitter Status Dan Feed blog melalui Facebook.



Ada orang tanya aku nak jawab panjang sangat...maka terhasillah entry berbentuk tutorial ini...Bersepah ek blog aku...suka hati share ape kerana masih dalam Tag 'Informasi'....

Twitter on Facebook :

- semua orang ada twitter kan???lebih mudah bila status itu di kongsikan bersama-sama website lain seperti blog / laman sosial lain.
- kalau ikut pemahaman aku begini lah caranya :
  • First, mesti ada account twitter.takdak pi lah register yek kat sini....Twitter
  • 2nd, mesti ada account facebook...kalau ada pi kat address nih untuk application Twiiter on Facebook
  • Masukkan nama dan password mengikut account twitter masing-masing.Cuba letakkan status dari web twitter atau gadjet-gadjet twitter yang lain (twittergadjet,ecofon...bla.bla.bla)




  • Jadi kan???tak jadi tak taw la...









    • Networkblog Facebook :



      -Berfungsi untuk menarik update entry korang dari blog ke sini...(networkblog)
      -1st, pergi ke laman application untuk networkblog...Networkblog on Facebook
      -Allow application ini dan seterusnya letakkan feed blog serta detail di sini...







      -Selebihnya mungkin facebook meminta untuk confirm blog (jika ada) ikut arahan yang akan diberikan... [Sambung Baca...Disini]

      December 13, 2009

      Message Dari Blogger Malaysia via Laman Sosial Facebook

      Baru jek join group nih kat BloggerMalaysia Facebook group .Agak menarik gak isi kandungan message tuh yang prihatin dengan meluasnya blogger-blogger kat malaysia nih serta kadar trafik yang agak kurang.(biase lah tuh)....Pengirim message tuh juga mengajak agar membuat satu entry untuk mengutuk / kritik blog sape-sape saja dengan syarat owner blog tuh dapat menerima dengan hati yang terbuka / tak boleh terasa (boleh ke?).


      Kutukan berbisa nih objektifnya supaya owner tuh dapat kasi upgrade cikit kualiti blog die serta menaikkan trafik ( "cara" ker?) Kutukan juga berbau berkait dengan layout , entry die jiwang , die tak sesuai jadi blogger (panassss nih!).Aku pon tak taw nak join ke???Mampu ker??? "Hanya korang jek yang mampu join ler "......

      dunia blog kini semakin luas dan ada bloggers di antara kita ni agak kurang mendapat trafik atau daya tarikan kepada pembaca untuk membaca blog mereka. Ini terjadi juga kepada aku, so ape kata kita bersama-sama berganding bahu dan kaki, [tangan xyah, kang merayap lak] membuat satu entri yang berunsurkan kutukan/kritikan mengenai blog seseorang itu dengan syarat blog yang kena kritikan/kutukan itu tidak boleh terasa dengan apa yang bloggers lain tuliskan mengenai blog dia.
      Tujuannya untuk penambahbaikkan blog dan sekaligus meningkatkan trafik blog anda. Sambil kutuk2 tu korang follow la blog yang dikutuk tu. Hahaha! jangan sampai ada yang menangis, kalau kena kutuk kaw2. Kutukan/kritikan haruslah berasaskan apa yang ada diblog seseorang itu.. layout dia tak lawa ke, mamat/minah tu jiwang nak mampos ke atau perkara2 yang korang rasakan "eee! tak seswai la blog dia macam ni".. selepas buat entri camtu, korang letak link tu kat walls group ni dan juga maklumkan kepada blog si penerima.. hahaha!
      Kalau faham, sila mulakan sekarang! =D Selamat berblogging!   



      Petikan dari Facebook aku.... 


      P/s : Jangan kutuk aku ek???Baru lagi nih..newbie (bukan yg kene $#@#$@ tuh)


      [Sambung Baca...Disini]

      October 30, 2009

      Semua orang ada facebook...fucabook??ape itu...

      Fucabook menyamar jadi Facebook


      "Zaman dah berubah dunia dah maju", mesti pernah dengar kan ayat tuh...pasal iklan tu bla bla bla... tapi entry kali ini bukan pasal iklan lebih kurang same dengan ayat di atas... dekat malaysia ada macam-macam perayaan , hari raya, raye cina & depavali... kalo dulu-dulu korang mesti anta kad ucapan gune pos...


      - tapi dengan kemajuan yang ada sekarang dengan wujudnya lama-laman web sosial macam myspace.com, friendster.com , dan yang lebih popular dan canggih web 2.0 facebook.com ....melalui media-media inilah kite akan menghantar ucapan melalui application atau pon upload satu gambar and tag semua lagi senang kn... kat facebook tanpa sebarang syak lagi ada 'mereka-mereka" yang advance sangat dengan mudah mencuri data-data login dan password untuk kegunaan yang memang tak de advancenye...!

      - Kat facebook lagi ada application yang dicipta oleh golongan advance ini dan di link kan ke laman "piching" fucabook.


      - Apabila pengguna log masuk menggunakan aplikasi fucabook itu, selepas memasukkan kata laluan buat kali pertama, mereka akan diarahkan untuk memasukkan kata laluan sekali lagi untuk menggunakan fungsi penuh 'nama aplikasi jahat' itu. (Namanya kerap bertukar - pernah dikenali sebagai Post dan kini dipanggil 'Stream').

      - Apabila aplikasi itu sudah ditambah, ia menggunakan imej seorang rakan untuk memberitahu beliau sudah menghantar satu grafik yang tiada makna. Ia juga memberi pilihan untuk membalas hadiah yang dihantar itu. 

       - Tidak lama kemudian aplikasi itu akan menghantar 'spam' ke semua kenalan tanpa meminta kebenaran. Semua rakan itu juga akan dialihkan ke laman pishing fucabook apabila mereka bersetuju menerimanya. 

       - Trend Micro menyarankan agar pengguna lebih berhati-hati dan sentiasa melihat alamat URL yang dipaparkan di ruang alamat perisian pelayar. Pengguna juga dinasihatkan supaya menyemak destinasi sebenar pautan sebelum mengklik. Lalukan petunjuk tetikus ke ikon pautan untuk mendapatkannya.
       

      - Pengguna Facebook hendaklah menilai semula aplikasi-aplikasi yang sudah dipasang dan menyemak penetapan privasi. Aplikasi yang tidak digunakan lebih baik dibuang.









      [Sambung Baca...Disini]
       
      Web Statistics