October 30, 2009

Semua orang ada facebook...fucabook??ape itu...

Fucabook menyamar jadi Facebook


"Zaman dah berubah dunia dah maju", mesti pernah dengar kan ayat tuh...pasal iklan tu bla bla bla... tapi entry kali ini bukan pasal iklan lebih kurang same dengan ayat di atas... dekat malaysia ada macam-macam perayaan , hari raya, raye cina & depavali... kalo dulu-dulu korang mesti anta kad ucapan gune pos...



- tapi dengan kemajuan yang ada sekarang dengan wujudnya lama-laman web sosial macam myspace.com, friendster.com , dan yang lebih popular dan canggih web 2.0 facebook.com ....melalui media-media inilah kite akan menghantar ucapan melalui application atau pon upload satu gambar and tag semua lagi senang kn... kat facebook tanpa sebarang syak lagi ada 'mereka-mereka" yang advance sangat dengan mudah mencuri data-data login dan password untuk kegunaan yang memang tak de advancenye...!

- Kat facebook lagi ada application yang dicipta oleh golongan advance ini dan di link kan ke laman "piching" fucabook.


- Apabila pengguna log masuk menggunakan aplikasi fucabook itu, selepas memasukkan kata laluan buat kali pertama, mereka akan diarahkan untuk memasukkan kata laluan sekali lagi untuk menggunakan fungsi penuh 'nama aplikasi jahat' itu. (Namanya kerap bertukar - pernah dikenali sebagai Post dan kini dipanggil 'Stream').

- Apabila aplikasi itu sudah ditambah, ia menggunakan imej seorang rakan untuk memberitahu beliau sudah menghantar satu grafik yang tiada makna. Ia juga memberi pilihan untuk membalas hadiah yang dihantar itu. 

 - Tidak lama kemudian aplikasi itu akan menghantar 'spam' ke semua kenalan tanpa meminta kebenaran. Semua rakan itu juga akan dialihkan ke laman pishing fucabook apabila mereka bersetuju menerimanya. 

 - Trend Micro menyarankan agar pengguna lebih berhati-hati dan sentiasa melihat alamat URL yang dipaparkan di ruang alamat perisian pelayar. Pengguna juga dinasihatkan supaya menyemak destinasi sebenar pautan sebelum mengklik. Lalukan petunjuk tetikus ke ikon pautan untuk mendapatkannya.
 

- Pengguna Facebook hendaklah menilai semula aplikasi-aplikasi yang sudah dipasang dan menyemak penetapan privasi. Aplikasi yang tidak digunakan lebih baik dibuang.









blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics