December 24, 2010
Cubaan Mereka untuk mempengaruhi Kita
Siapa Mereka? Sudah pasti kita sedia maklum kan?Ini bukan hendak mengapi-apikan hanyalah sekadar bertujuan berkongsi maklumat yang baru saja diketahui dari Khutbah Jumaat tadi. Taktik dan cara mereka hendak mengembangkan agama tersebut di Asia ini. Negara kita juga tidak terkecuali.
Dari apa yang aku dengar tadi, amatlah memeranjatkan kerana mereka sudah ada di mana-mana sahaja media masa dan elektronik.Baik dari bentuk penulisan,visual dan internet. Bukan semuanya media-media ini dikuasai oleh mereka. Dengan cara itu, akan ada daripada saudara-saudara islam kita yang mudah terikut dan terjerumus ke dalam agama tersebut, ataupun terikut dengan budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan agama islam.
Rasanya buktinya agaklah jelas jika dilihat dimukabuku masing-masing... kalau dulu cukup malu dan segan untuk bercumbu mulut, hanya dilakukan di tempat-tempat yang sulit, tetapi kini ia agaklah jelas dan terang siap dijadikan profile picture lagi.Bukan mahu menuduh atau berlagak alim dan baik, cuma itu semunya ada kesan dan akibatnya pada generasi sekarang dan akan datang. Atau juga mungkin, didikan agama yang kurang memberi kesan dan kesedaran.
Banyak lagi sebenarnya cara mereka memasuki dan mendekati untuk menyebarkan lagi agama tersebut ke dalam minda generasi kita.Tapi cukuplah sekadar disini. Kita juga perlulah sentiasa ingat dan berjaga-jaga agar tiada sesiapa sahaja yang berada dekat dengan kita tidak mudah terpengaruh dan terjerumus ke arah perkara berikut.Sudah terlajak, sukar untuk diundur.
P/s : Sekadar ingat dan mengingati diri sendiri dan yang lain-lain...
blog comments powered by Disqus