Showing posts with label khidmat pelanggan. Show all posts
Showing posts with label khidmat pelanggan. Show all posts

November 26, 2011

Sifat sebenar manusia, Sengaja atau Semulajadi?


Adakah anda seorang yang cepat naik angin / minyak? Adakah ia satu sifat semulajadi atau pon disebabkan oleh faktor-faktor lain? Apa yang mampu membuatkan anda berasa marah yang amat sangat? Rasanya sebagai seorang manusia biasa, sifat marah itu akan datang dengan sendirinya dan sememangnya tidak disengajakan dan ada yang mampu mengawal rasa marah tetapi ada yang sebaliknya tidak sengaja melepaskan rasa marah itu terhadap orang lain.Aku rasa sifat seperti itu yang pada aku semenjak ini, bukanlah disengajakan tetapi disebabkan oleh respond diri terhadap orang lain. 

Memang benar tiada manusia yang sempurna dan kadangkala ada yang sememangnya sengaja mencetuskan sesuatu yang membolehkan orang lain untuk bersifat kurang hajar.Kurang hajar / biadap yang seperti mana? Mungkin ia satu tindakan yang sengaja mahu membuatkan orang lain berasa marah, situasi yang boleh membuatkan orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.Sifat-sifat sebegini biasanya lebih bertujuan untuk menjatuhkan nama orang lain, tidak kira orang tersebut dikenali atau pon tidak, sesuatu perkara yang disengajakan bertujuan untuk mengganggu kehidupan orang tersebut.

Tidak senang atau iri hati, atau mungkin di dalam diri sendiri tidak ada rasa hormat terhadap orang lain, tetapi mahu diri ini sendiri dihormati / disanjungi. Aku seringkali terlepas kata dengan golongan-golongan sebegini, tetapi sebagai hasilnya tetap akan menunjukkan akulah yang bersalah. Tidak professional dan juga tidak mengikut prosedur yang di tetapkan. Hidup hanya untuk menjadi pesalah dan disalahkan tanpa sebarang ruang untuk pembuktian dan bicara.

Hendak ikutkan rasa, mungkin sudah lama hilang apa yang ada. Sabar dan terus menanti apa yang ada lagi selepas ini, rasa putus asa itu memang sudah tiada. Hanya percaya setiap yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri. Tetap percaya ada yang terbaik menanti cuma perlu usaha dan terus usaha lagi untuk mencari sehingga jumpa apa yang diigini.

P/s : Aku hanyalah insan biasa... Tak puas hati, tumbuk saja terus!

[Sambung Baca...Disini]

August 19, 2011

Nak Jaga Kesihatan, Tapi susahlah jika ada alasan begini


Kembali lagi dengan entri terkini. Kali ini berkaitan dengan kesihatan, sempena bulan baik penuh rahmat ada baiknya kalau kita mengambil kesempatan ini dengan bersama-sama menjaga kesihatan. Cara cakap macam dah cukup sihat dan fit saja kan? Nak 'fit' kan badan boleh, tapi perut nie rasanya agak lama sikit. Dah agak jauh menyimpang kalau berdasarkan dari gambar dekat atas tu rasanya.

Tapi still ada kaitan dengan kesihatan. Bermula dengan air putih / air masak / air jarang yang kita biasa minum di rumah. Kebiasaannya, ambil air mestilah dekat paip rumah masing-masing dan terus masak dahulu sebelum minum. Tapi terjamin ke kebersihan air itu dengan hanya memasakkannya? Persoalan jugak tu... Jadi sempena promosi ini lah, aku terasa nak cuba produk Dr. Al- Jabbar ( silap, mak aku yang berminat sebenarnya).

Dengan harga promosi yang memang murah, harga asal boleh cecah RM 1900? Berbaloi lah kalau cuba untuk dapatkannya sekarang kan. Aku selitkan sedikit berkaitan dengan produk kesihatan Dr. Al-Jabbar nie...

DR JABBAR PENAPIS AIR BERALKALI TINGGI - UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANDA!

AIR bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga. Air juga penting untuk meningkatkan tahap kesihatan anda khasnya air beralkali tinggi. Tubuh yang sihat memerlukan darah yang bersih dengan tahap alkali sekurang-kurangnya 7.36ph. Air bertapis DR JABBAR dengan bacaan alkali setinggi 9.7ph amat sesuai bagi merawat pelbagai jenis penyakit dengan mengurangkan keasidan darah. Kandungan oksigen yang tinggi juga mampu mencegah kanser. Amat sesuai untuk pengidap darah tinggi, kencing manis, gout, kembung perut, gastrik dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan kekotoran dalam darah.

Memang menyakinkan bila membaca penerangan berkaitan dengan produk nie. Tak payah buang masa, terus pergi ke cawangan Al-Jabbar Health Care yang memang dekat je. Tak sampai 1/2 jam dah boleh sampai, kalau time-time tiada kesesakan lalu lintas. Dekat je, tengok peta dekat bawah, memang dekat.


Cuma bila dah sampai dekat sana, dalam hati rasanya boleh terus dapat hari ini jugak, bawak balik dan cuba pasang sendiri. Pemasangan disediakan, bayaran yang dikenakan cuma RM 50.00. Tapi hajat tak sampai, bila melihat stok tersebut yang memang banyak dan telah di 'display', rupa-rupanya stok untuk pelanggan lain yang telah lama menunggu produk tersebut. Mungkin 1 bulan, mungkin 2 bulan atau lebih. Maksudnya , aku terpaksa tunggu untuk 2 bulan lagi. Bergantung pada penghantaran yang ada. Pergh! Hampa tak? Alasan macam ginilah, yang memang 'apa pon tak boleh'... sabar saja kan, bulan ramadhan....

P/s : Harap-harap boleh dapat sebelum bulan depan. Harap-harap!

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics