Sekejap saja masa berlalu..Pejam celik pejam celik aqil dah pon masuk 11 hari...hari ke-10 dia sudah mula menunjukkan sedikit perbezaan berbanding masa mula-mula sampai ke rumah ini dulu...mungkin disebabkan dia sudah makin cerdik memberikan respon atau tindak balas terhadap orang dekat sekeliling dia termasukklah aku..
Tak macam dulu...kalau menangis aka merengek sumbat susu confirm terus diam dan tidur yang juga merupakan aktiviti di siang dan malam hari kecuali tengah malam dan pagi buta bermula dari pukul 3 - 5 pagi...memang seronok lah jaga dia...1st anak buah kan...macam-macam hal....time nak mandi setiap pagi dan petang pasti dia akan merengek...tak boleh kata menangis kerana bunyi dia tak kuat sangat...bila dah selesai mandi dan di selimutkan dengan towel baru dia diam dan buat muka cute yang memang aku tak lupa lagi-lagi kalau dia dah balik semula kt umah akak aku kt KL....
Kenapalah jauh sangat duk KL...kalau dekat je kan senang, boleh tengok tiap-tiap minggu...kalau tiap-tiap hari karang menyemak pulak sebab dah la duk dengan mak mertua dan adik beradik abang ipar aku yang lain...kalau dapat keje kat sana kan bagus...aku masih tak ambik gambar terbaru dia...tunggu dia dah nak balik baru ambik...kalau tak....nanti aku teringat lak kalau banyak sangat gambar ambik gambar...
P/s : personal betul entry kali ini...terasa sangat...tak ramai yang datang macam dulu...prestasi aku menurun ke?