Pelakon, Ummi Nazeera ada lima lokasi kegemaran waktu santai...
Air terjun.
- Saya sangat suka suasana semula jadi yang mendamaikan di kawasan air terjun. Faham sajalah, hendak cari masa bersantai sedangkan hari-hari sibuk dengan kerja bukanlah mudah. Jadi, sesekali jika berpeluang pergi ke air terjun, alangkah seronoknya!
Tepi pantai.
- Saya percaya hampir semua wanita suka tepian pantai. Melihat lautan terbentang luas cukup merehatkan minda. Bertambah seronok jika dapat melakukan aktiviti air seperti bermain jet ski atau banana boat.
Kawasan perkhemahan.
- Berkhemah di hutan juga boleh memberi pengalaman berbeza. Waktu inilah hendak menguji skil survival!
Taman tema.
- Saya sukakan Taman Tema Genting Highlands. Bukan saja dapat menghirup udara nyaman, kita juga dapat mencuba pelbagai permainan menyeronokkan. Tunggu apa lagi?
Go kart.
- Jangan tidak tahu, sesetengah wanita seperti saya suka memandu laju tetapi sudah tentu tidak boleh melakukannya di jalan raya. Jadi, litar go kart menjadi alternatif terbaik untuk wanita yang teringin memandu laju. Follow @pistonpecah
0 Lampu Hijau:
Post a Comment
ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...