February 28, 2009

Raja Lawak Ke Stage Final


Kumpulan Sepah, Jihan dan Amir berjaya mara ke final Raja Lawak 3 pada 6 Mac depan apabila kumpulan LNJ (gambar atas) tewas pada peringkat separuh akhir yang ke udara secara langsung menerusi saluran Astro Prima, sebentar tadi.


Pengumuman keputusan ini dibuat oleh juri tetap, Fauziah Nawi dan Zaibo yang mengadili pertandingan itu bersama juri undangan, Radhi Khalid tanpa juri yang sinonim dengan Mantop iaitu Shamsul Ghau Ghau.


Sekali pun kecundang, LNJ tetap memberikan persembahan yang menghiburkan dan sebelum mengundur diri, Zaibo meminta semua hadirin memberikan tepukan hormat berdiri kepada kedua-dua anggota LNJ.

Minggu ini keempat-empat peserta dikehendaki membuat persembahan bertemakan Cinta selain membuat jenaka dengan sejenis benda yang diberikan kepada setiap mereka pada segmen kedua beberapa jam sebelum persembahan.



Turut hadir menyaksikan Gelanggang Raja Lawak 3 bagi minggu ke-9 tadi ialah Lisdawati, Fauzi Nawawi, Leeya AF4 bersama tunang, Fida Pantene serta penyanyi terkenal, Uji Rashid.


Pujian banyak diberikan oleh juri kepada Sepah dan Jihan manakala Amir dikritik tidak menunjukkan banyak peningkatan. Persembahan Amir juga masih tersekat-sekat dan dia diminta oleh Zaibo untuk menghargai undian SMS peminat yang masih lagi berpihak kepadanya.


Sementara itu, anda dijemput menyertai pertandingan menamakan acara karpet merah final Raja Lawak 3 yang akan berlangsung di Dewan Sivik, Petaling Jaya minggu depan. Ia anjuran murai.com.my untuk mereka yang mendaftar sebagai GengMurai.


Jangan lepaskan peluang ini kerana pasangan yang bertuah akan memenangi undangan VIP ke final Raja Lawak 3 dan berpeluang bermesra dengan artis dan peserta musim ini. Teruskan mengundi!

0 Lampu Hijau:

Post a Comment

ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...

 
Web Statistics