DUA tahun lalu ketika meninggalkan kerjaya sebagai Pramugari dengan AirAsia Berhad, tidak siapa pun mengenali siapa Scha. Tetapi hari ini nama beliau semakin menjadi sebutan tatkala kisah percintaannya dengan aktor Fahrin Ahmad, 30, menjadi topik perbualan.
Ditambah pula ia terjalin ketika aktor itu menghadapi krisis cinta dengan penyampai radio Linda Onn. Semasa mengadakan sesi fotografi dengan Scha minggu lalu, gadis ini banyak bercerita tentang perancangan hidupnya dalam dunia seni.
Malah dia juga bersyukur, dalam tempoh penglibatannya itu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir sudah mendapat peluang berlakon empat buah filem.
Terbaru dia turut diberi peranan sebagai pelakon pembantu dalam Evolusi KL Drift 2 yang sedang dalam penggambaran.
Lebih dari itu, Scha juga mendapat peluang untuk menjadi pengacara rancangan Sehati Sejiwa terbitan RTM.
Sebagai bakat baru, saya melihat peluang yang diperolehi gadis ini terbuka luas. Bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dia berjaya merebut pelbagai peluang itu dengan pantas sekali.
Sebenarnya tak semua orang berpeluang mendapat ruang seperti itu jika baru dua tahun terlibat dalam dunia seni.
Ketika saya sedang menaip cerita ini, Scha menghantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta tajuk muka depan ini tidak mengaitkannya dengan Fahrin.
Bukan enggan berkongsi kisahnya itu tetapi akui gadis ini dia mendapat respons daripada orang ramai yang mula muak membaca kisah-kisah hubungan mereka itu.
“Kalau boleh jangan buat tajuk mengenai saya dan Fahrin. Orang dah bosan dah bang,” pintanya.
Betul juga. Kalau benda yang serupa disajikan kepada pembaca, tentu saja ada yang akan “muntah”.
Tetapi mahu atau tidak pada hari ini apabila kisah mereka itu sering menjadi bualan, tentulah ramai yang nak tahu apa yang berlaku seterusnya.
Saya menyelami perasaan Scha, gadis berusia 26 tahun ini mengenai kisah cintanya. Dan daripada apa yang diceritakannya, saya dapat membuat kesimpulan bahawa perasaannya terhadap Fahrin masih sukar untuk diramalkan.
Bukan berkata mereka tidak ada perasaan tetapi hubungan itu masih lagi baru.
Apabila saya bertanya sejauhmanakah kasihnya dia terhadap aktor tersebut, Scha meminta peminat tidak terlalu berharap? Kenapa? Baca pengakuan Scha seterusnya.
Perhubungan ikhlas
- Apabila ada “angin” mengaitkan percintaan Scha dan Fahrin, timbul pula cakap-cakap orang kononnya Scha mahu menjadikan Fahrin sebagai tempat untuk meraih populariti. Ia sama macam apa yang orang cakap mengenai hubungan pelakon Abby Abadi dengan pelakon baru Zulkifli Ariffin.
- Zul dikatakan berjaya mengambil kesempatan terhadap krisis rumah tangga pelakon wanita itu untuk menaikkan kerjayanya. Itu cakap orang!
- Dan begitu juga dengan Scha yang dikatakan memasang strategi yang sama apabila dia cuba “masuk jarum” untuk menarik perhatian Fahrin menghadapi kehancuran cintanya dengan penyampai radio Linda Onn.
- Mendengar persoalan itu dia terus tersenyum dan menafikan tanggapan tersebut.
- Malah dalam hubungan persahabatan dengan Fahrin itu tak ada apa-apa tujuan lain sebaliknya ia merupakan sebuah hubungan yang ikhlas.
- “Tak pasang strategi apa-apalah. Kalau ada strategi nanti jadi apa-apa perkara yang tak diduga lagi bahaya,” katanya.
- Cuma kata Scha, jangan terlalu menaruh harapan tinggi dia akan berkahwin dengan Fahrin kerana pada masa ini hubungan mereka itu masih terlalu awal untuk dinilai.
- Dan yang lebih mustahaknya ujar Shca, dia tak mahu peminat mereka tertunggu-tunggu jodoh itu kerana jika ia tidak menjadi kenyataan, semua pihak akan hampa.
- Bukan bermaksud hubungannya dengan pelakon itu sudah hancur berkecai tetapi kadang-kala Scha merasakan harapan peminat di luar sana melebihi perasaan hatinya sendiri.
- Gadis ini mengakui dia sendiri takut dengan harapan menggunung yang seolah-olah mahu melihat hubungan mereka itu berkahir di jenjang pelamin.
- “Kami senang berkawan tetapi buat masa ini bibit-bibit cinta itu masih terlalu awal untuk diperkatakan.
- “Scha bimbang kalau putus ke, tak jadi ke, siapa yang susah?” katanya yang tidak menafikan begitu menyenangi Fahrin buat masa ini.
- Cuma yang boleh dijelaskan oleh Scha dia masih dalam tempoh untuk mengenali hati lelaki itu kerana hubungan mereka masih terlalu awal iaitu baru lima bulan berkenalan.
MUDAH MEMBENCI LELAKI
- Menitikberatkan kejujuran dan kasih sayang, itulah falsafah utama gadis yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini.
- Menurut Scha suatu ketika dulu semasa bekerja sebagai pramugari dia pernah berkawan dengan seseorang tetapi hubungan mereka itu putus kerana tiada keserasian.
- Berpengalaman menjalinkan cinta itu, Shca mengakui dia kadang-kala naik bosan dan pening kepala dengan lelaki.
- Bukannya apa cuma Scha amat membenci jika seseorang lelaki itu suka mengongkong hidup serta sering ada perasaan curiga.
- Selain itu dia juga membenci lelaki yang tinggi egonya selain suka mengikis.
- “Scha cuba mengelak kalau berhadapan dengan lelaki yang macam itu. Maaflah,” ujarnya.
- Berbeza seperti wanita lain, percaya atau tidak Scha merupakan seorang yang panas baran.
- Tanpa mahu berselidung, Scha mengaku dia pernah “naik tangan” apabila merasakan dirinya dipermain atau dipersendakan.
- Malahan jika ada sesiapa yang mahu mendekatinya, janganlah sesekali cuba untuk mengambil kesempatan kerana tidak mustahil dia akan bertindak diluar jangkaan.
- Daripada apa yang dijelaskan itu, ternyata Scha bukan gadis yang sembarangan. Jangan main-main.
- Nampak sahaja kecil tetapi dia mempunyai semangat dan pendirian yang kuat.
- “Scha pernah mengamuk apabila ada orang yang cakap bukan-bukan dibelakang. Ini sifat Scha yang tak boleh nak buang iaitu cepat panas baran.
- “Jangan main-main ya! Scha jenis orang yang tegas dalam satu-satu perkara,” katanya.
INGAT TIGA PERKARA
- Bersyukur memiliki seorang ibu yang memahami, kata Scha keluarganya kadang-kala kurang selesa apabila terlalu banyak kisah peribadi dibongkarkan.
- Tetapi Scha faham, apabila menjadi artis, tidak ada perkara yang boleh dianggap rahsia. Ia adalah lumrah yang harus dibayar apabila bergelar artis.
- Yang paling utama kata Scha dia tak akan lupa pesan ibunya, Junainah Hashim, 48, mengenai tiga perkara.
- Pertama jangan sesekali kahwin lari, mengganggu rumah tangga orang dan berkahwin lelaki tua.
- Tiga perkara itu menjadi pegangan Scha agar perjalanan seninya lebih diberkati sekiranya menuruti nasihat seorang ibu itu.
“HIDUNG KEMBANG? BIARLAH!”
- Semasa berborak mengenai trend artis-artis sekarang yang gemar melakukan pembedahan wajah untuk kelihatan lebih cantik, Scha berkata dia sebenarnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya selama ini.
- Sebaliknya kalau ada tawaran untuk membuat pembedahan wajah ataupun melakukan suntikan kecantikan, Scha tidak akan sesekali akan terpengaruh.
- Malah ada juga orang yang mempersendakan beliau dengan berkata hidungnya kembang.
- Kerana itu dia diajak untuk melakukan pembedahan bagi membuang “kecacatan” itu.
- Tidak malu mengakui kekurangan itu, gadis ini sedikit pun tidak terasa hati dengan kritikan sebegitu yang dilemparkan.
- “Biarlah orang nak kata hidung saya ni kembang pun. Saya tak kisah. Kalau nak bedah memang bukan kerja saja,” terangnya.
- Walaupun begitu Scha amat bersyukur rezekinya agak murah walaupun ada pihak yang melemparkan kata-kata tersebut.
*crdt to utusan online*
0 Lampu Hijau:
Post a Comment
ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...