Showing posts with label suasana kerja. Show all posts
Showing posts with label suasana kerja. Show all posts

October 2, 2011

Peringkat Ke-2.. Minggu Depan Penentunya



Dah dekat seminggu dari tarikh interview tersebut. Buat kali ke berapa entah rasanya, tapi aku masih tak putus asa. Rezeki ada dimana-mana saja, cuma rezeki yang sebenar-benarnya saja masih tak nampak? Syukur dengan apa yang ada sekarang, cuma peluang yang terbaik dari sekarang tak patut dilepaskan. Kerja dimana-mana pon sama sahaja masalahnya, cuma masalah dengan apa dan apa yang berbeza.

Memang benar, dari tempat kerja sekarang ada berbagai department yang berbeza tugasan dan masalah. Cuma, masa dan tenaga yang diberikan kadang-kadang tak dibalas dengan apa yang sepatutnya. Sakit rasanya, setahun sudah di sini... Mahukan sesuatu yang mungkin lebih terbaik, bukan kerana tamak atau tak sabar nak cepat kaya... Hanya sekadar mahukan masa depan yang cerah dan lebih terjamin. InsyaALLAH....

P/s : Risau dan bimbang menunggu kata putus untuk Kali Yang Ke-2.....

[Sambung Baca...Disini]

January 20, 2011

Mana Satu Yang Betul, Mana Satu Kene Ikut?


Makin lama makin bosan, makin pening kepala bila memikirkan kesan daripada Program Itu. Banyak memberi tekanan dari kegembiraan. Ada turun ada naik.. Nak kekal dan stabil memang agak payah. Persoalannya, semua itu memang memberi kesan pada semua orang. Tepat sangat ke keputusan & kritikan yang diberikan. Bukan orang lain yang menjadi juri, datang dari company yang sama juga, berlainan cawangan. Tiada motif-motif lain? Dendam, iri hati, busuk hati, dengki? Bukti memang tidak kukuh, malah boleh di ada-adakan saja... Nama pon MANUSIA!



LadyBoss! Arahannya jelas! Tindakannya?  

Paling bosan bila dibebel.. Takda topic lain, program itu saja yang dikejar-kejar! Bila markah naik, pujian sedikit pon susah nak dikeluarkan. Berbeza bila markah turun menjunam, berbakul-bakul bebelan..blablabla. Masa ini paling aku suka, dapat dilihat kelemahan 'mereka' ini yang sebenarnya tidak kukuh pendirian. Kalau yang dulu kata, buat sesuatu walaupon bukan tanggungjawab yang sepatutnya, tapi sekarang? Bila sudah mahu menolong meringankan beban yang lain-lain, ditengah untuk berbuat begitu? katanya kalau tanggungjawab sendiri tak sempurna, jangan sibuk dengan yang lain.. Bosan! Blablabla....

Cukuplah, makin hari makin bosan. Terasa nak cabut kalau ada rezeki yang lain... kalau sama saja seperti ini, lebih mewah bayarannya pon aku sudah tidak kisah. Janji boleh menjamin masa depan. Sekarang terlalu sedikit, tak setanding dengan ditekan orang-orang di atas. "cakap memang senang, arahan senang dikeluarkan... cuma buat sedikit? Suka dengan ayat mereka " Berapa jumlah yang dibayar, pastikan sumbangannya juga sama banyak dengan apa yang telah diberi company"... masih tidak cukupkah sumbangan? Terlebih-lebih, malah kadangkala tak perasan malah jauh untuk dihargai. Bosan dengan Company J! 

P/s :

Sepatutnya yang sudah dirancang untuk ditulis bukan yang ini, tapi apakan daya?hanya insan biasa... Syukur masih ada peluang ke-2...Panggilan lagi 26hb ini... Harapan agar majikan lebih berfikiran terbuka...

Kalau pengalaman sahaja yang dicari, mana kami nak cari rezeki? Persediaan? masih sama seperti dulu...! 


[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics