Showing posts with label aduka taruna. Show all posts
Showing posts with label aduka taruna. Show all posts

March 29, 2010

Jaga Sikap ketika di Laman Sosial

Kemudahan teknologi yang canggih dan moden membolehkan kita dengan lebih cepat dan .Yang menjadi pilihan sekarang ialah perhubungan melalui talian internet – broadband,wifi dan tidak kurang juga menggunakan telefon blackberry dan juga yang mempunyai fungsi membolehkan sambungan ke internet.

Jumlah laman-laman sosial yang semakin bertambah juga menarik minat kita untuk mendaftarkan diri serta mempunyai profil sendiri.Cuma dari segi keselamatan kita apabila memasukkan dengan mudah segala maklumat diri di dalamnya.

Tapi kadangkala ada di antara kita yang sering menyalahgunakan rangkaian sosial dengan tujuan menghasut orang lain,menyebarkan khabar-khabar angin dan juga penghinaan.Oleh itu perlulah kita untuk menjaga kelakuan ketika di laman-laman sosial.

Etika ketika di Rangkaian Sosial

1. Semuanya Rahsia :
  • Pastikan anda tidak memasukkan segala maklumat kerana apa yang dipaparkan akan menjadi terbuka kepada awam.Ketahuilah setelah anda memasukkan ke dalam laman web anda pasti tidak dapat mengawalnya.

2. Segalanya dimeterai :
  • Jika anda menggunakan rangkaian sosial walaupon menggunakan tanpa nama(anonymous) anda pasti akan dapat dikesan kerana jejak anda di dalam internet pasti akan meninggalkan kesan seperti tapak kaki di dalam pasir.
  • Anda juga secara tidak langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran.

3. Tidak semuanya jujur dan benar :
  • Anda hendaklah tahu yang bukan semua di dalam internet itu benar dan betul.Mungkin orang itu menggunakan gambar orang lain di laman sosialnya dan juga maklumat yang dipaparkan juga palsu.
  • Ingat segalanya mungkin di dalam internet.

4. Kawal Diri Sendiri :
  • Pastikan apa yang anda taipkan dalam laman web itu tidak mengganggu atau menggugat orang lain.
  • Jangan taburkan fitnah atau jangan lepaskan geram anda secara langsung terus kepada individu tertentu.Berkiaslah jika perlu.

5. Tidak semua perlu tahu :
  • Anda tidak perlu memasukkan segalanya di dalam web.Pastikan maklumat yang anda sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak.
  • Jika ia merupakan maklumat dalaman anda tidak perlu keluarkannya.Jika ada maklumat sensitif pastikan ia tidak terkeluar.
Ini pon etika jugak...main suap-suap lagi ek, nak sikit?

P/s : terlajak perahu boleh reverse…terlajak taip??? Backspace ke ek?

[Sambung Baca...Disini]

January 26, 2010

18,000 liter Minyak di seludup secara haram ke Negara Jiran setiap hari

Inikah puncanya yang menyebabkan harga minyak yang akan naik tidak lama lagi...ramai rasanya sudah tahu harga minyak akan naik lagi cuma tak kompom jek...kalau naik 1 liter rm 3 ringgit lebih memang mahal lah..lebih baik aku pakai kereta je kan...pakai moto pon tak boleh save sangat pon...

Tapi di sebalik cerita harga minyak akan naik....ada jugak insan-insan ini yang bergelar rakyat malaysia mengambil jalan mudah dengan menyeludup minyak secara haram dari malaysia untuk di jual ke Negara Jiran...Perkara macam nih bukan sahaja merugikan kerajaan yang terpaksa menanggung rugi akibat sikap rakus penyeludup ini malah hak kita sebagai rakyat malaysia pon seperti di ambil mudah...

Senang-senang je jual dekat mereka...pastu mereka jual dengan harga yang mungkin lagi murah dari harga asal petrol dekat sana...last-last sapa yang untung??? Negara Jiran jugak kan???fikir dulu sebelum buat, aku pon fikir dulu sebelum tulis kalau tak nanti jadi macam blogger yang menghina almarhun Sultan Johor , aduka taruna yang sekarang nih memikirkan hukuman yang terbaik untuk dia tanggung...sebelum melalut lebih panjang lagi..kita tengok video ini....








P/s : jangan hidup nak jalan senang jek...!


[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics