March 29, 2010

Jaga Sikap ketika di Laman Sosial

Kemudahan teknologi yang canggih dan moden membolehkan kita dengan lebih cepat dan .Yang menjadi pilihan sekarang ialah perhubungan melalui talian internet – broadband,wifi dan tidak kurang juga menggunakan telefon blackberry dan juga yang mempunyai fungsi membolehkan sambungan ke internet.

Jumlah laman-laman sosial yang semakin bertambah juga menarik minat kita untuk mendaftarkan diri serta mempunyai profil sendiri.Cuma dari segi keselamatan kita apabila memasukkan dengan mudah segala maklumat diri di dalamnya.

Tapi kadangkala ada di antara kita yang sering menyalahgunakan rangkaian sosial dengan tujuan menghasut orang lain,menyebarkan khabar-khabar angin dan juga penghinaan.Oleh itu perlulah kita untuk menjaga kelakuan ketika di laman-laman sosial.

Etika ketika di Rangkaian Sosial

1. Semuanya Rahsia :
  • Pastikan anda tidak memasukkan segala maklumat kerana apa yang dipaparkan akan menjadi terbuka kepada awam.Ketahuilah setelah anda memasukkan ke dalam laman web anda pasti tidak dapat mengawalnya.

2. Segalanya dimeterai :
  • Jika anda menggunakan rangkaian sosial walaupon menggunakan tanpa nama(anonymous) anda pasti akan dapat dikesan kerana jejak anda di dalam internet pasti akan meninggalkan kesan seperti tapak kaki di dalam pasir.
  • Anda juga secara tidak langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran.

3. Tidak semuanya jujur dan benar :
  • Anda hendaklah tahu yang bukan semua di dalam internet itu benar dan betul.Mungkin orang itu menggunakan gambar orang lain di laman sosialnya dan juga maklumat yang dipaparkan juga palsu.
  • Ingat segalanya mungkin di dalam internet.

4. Kawal Diri Sendiri :
  • Pastikan apa yang anda taipkan dalam laman web itu tidak mengganggu atau menggugat orang lain.
  • Jangan taburkan fitnah atau jangan lepaskan geram anda secara langsung terus kepada individu tertentu.Berkiaslah jika perlu.

5. Tidak semua perlu tahu :
  • Anda tidak perlu memasukkan segalanya di dalam web.Pastikan maklumat yang anda sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak.
  • Jika ia merupakan maklumat dalaman anda tidak perlu keluarkannya.Jika ada maklumat sensitif pastikan ia tidak terkeluar.
Ini pon etika jugak...main suap-suap lagi ek, nak sikit?

P/s : terlajak perahu boleh reverse…terlajak taip??? Backspace ke ek?

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics