Showing posts with label AJL 24. Show all posts
Showing posts with label AJL 24. Show all posts

January 16, 2010

[personal] Masuk hari Ke 11


masih gambar yang lama....

Sekejap saja masa berlalu..Pejam celik pejam celik aqil dah pon masuk 11 hari...hari ke-10 dia sudah mula menunjukkan sedikit perbezaan berbanding masa mula-mula sampai ke rumah ini dulu...mungkin disebabkan dia sudah makin cerdik memberikan respon atau tindak balas terhadap orang dekat sekeliling dia termasukklah aku..

Tak macam dulu...kalau menangis aka merengek sumbat susu confirm terus diam dan tidur yang juga merupakan aktiviti di siang dan malam hari kecuali tengah malam dan pagi buta bermula dari pukul 3 - 5 pagi...memang seronok lah jaga dia...1st anak buah kan...macam-macam hal....time nak mandi setiap pagi dan petang pasti dia akan merengek...tak boleh kata menangis kerana bunyi dia tak kuat sangat...bila dah selesai mandi dan di selimutkan dengan towel baru dia diam dan buat muka cute yang memang aku tak lupa lagi-lagi kalau dia dah balik semula kt umah akak aku kt KL....



Kenapalah jauh sangat duk KL...kalau dekat je kan senang, boleh tengok tiap-tiap minggu...kalau tiap-tiap hari karang menyemak pulak sebab dah la duk dengan mak mertua dan adik beradik abang ipar aku yang lain...kalau dapat keje kat sana kan bagus...aku masih tak ambik gambar terbaru dia...tunggu dia dah nak balik baru ambik...kalau tak....nanti aku teringat lak kalau banyak sangat gambar ambik gambar...

P/s : personal betul entry kali ini...terasa sangat...tak ramai yang datang macam dulu...prestasi aku menurun ke?


[Sambung Baca...Disini]

January 15, 2010

Youtube suspended???

Padan Muka kau.....kan dah kene suspended.Cis, cis dan cis lagik...semua hasil edit walaupon bukan professional sekadar berkongsi dengan mereka-mereka yang rajin melayari laman web youtube serta komen-komen yang bernas dan kadangkala agak menghentam insan-insan di dalam video itu memang mendatangkan kepuasan bagi aku lah...

Terperanjat pon ada sebab kali ini tak ada WARNING dari pihak-pihak empunya video-video tersebut yang menghantar message melalui youtube atau youtube yang block sendiri video tuh...kalau ada semua aku dah delete...mungkin sebab video dia orang popular kot kt youtube aku...takpe...





P/s : baru nak upload Anugerah Juara Lagu 24....

[Sambung Baca...Disini]

January 11, 2010

Tahniah, AJL 24 - Aizat, Yuna, Faizal Tahir & Black Mentor

Akhirnya, terjawab sudah siapa yang mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-24 bersiaran langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur...Ternyata kesemua 14 finalis Anugerah Juara Lagu 24 hebat-hebat belaka...serta tanggapan awal aku bahawa kemungkinan bintang dari program Realiti 'Akademi Fantasia' akan mengungguli award kali ini.. Kali ini juga berlaku perubahan di mana tiada lagi kategori bagi lagu berdasarkan format terbuka tanpa sebarang kategori.

Dengan mempertaruhkan lagu Pergi ciptaan Pete Teo dan Amran Omar nyanyian Aizat yang juga lagu ini ditujukan khas buat Allahyarham Yasmin Ahmad , akhirnya menjadi Juara Bagi Anugerah Juara Lagu 24. Kemenangan berganda juga bagi Aizat kali ini apabila memenangi anugerah kategori Persembahan Terbaik bagi Lagu Kau aku. Kalau tengok budak-budak jadi prop memang menarik lebih-lebih lagi bagi lagu rentak rancak.

Tempat ke- 2 dimenangi Yuna dengan lagu hitsnya Dan sebenarnya dan walaupon dalam keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya memang berbaloi dengan kedegilan Faizal Tahir yang masih ingin perfom mendapat tempat ke -3..memang berbaloi kan usaha dia??? Bagi vokal terbaik dimenangi Black dari mentor musim 3....(kalau Lan - Azlan & The typewriter bertanding sapa boleh menang?) [Sambung Baca...Disini]

November 23, 2009

LAGU YANG BERJAYA KE ANUGERAH JUARA LAGU KE-24



Siapa yang mengikuti perkembangan separuh akhir muzik-muzik 24???Aku pasti ramai yang masih menyokong industri muzik tanah air pada masa kini.Setelah 3 minggu berlangsungnya separuh akhir ini dengan penyertaan 30 buah lagu yang mempertaruhkan nama komposer,penulis lirik dan penyanyi itu sendiri akhirnya 14 buah lagu yang layak ke Juara Lagu 24 telah pon diketahui.

Berbeza dengan konsep sebelum ini,separuh akhir muzik-muzik 24 kali ini memperkenalkan konsep yang baru dengan meletakkan semua lagu yang bertanding tidak terikat dengan sebarang kategori(pop rock,balada,dsb)...Semua lagu bebas bertanding pada tahun ini.Ternyata 10 lagu yang dipilih dua minggu lalu tidak menjanjikan tempat ke AJL24 apabila hanya lapan lagu diumumkan layak bersama enam daripada lapan lagu yang membuat persembahan pada minggu ketiga, Jumaat lalu.



Minggu ketiga merupakan minggu terakhir untuk pertandingan ini dimana hanya lagu patri nyanyian jinbara dan ketika ini nyanyian Estranged tidak berjaya ke AJL 24.Disebabkan sebab-sebab kesakitan,lagu bencinta nyanyian Faizal Tahir  digantikan Nur Shahila Amir Hamzah (Shila) pada saat akhir kerana penyanyi asalnya mengalami batuk berdarah dan jangkitan paru-paru hingga dimasukkan ke hospital, Rabu lalu.Agak kecewa jugak sebab aku pon harap Faizal Tahir dapat perform lagu tuh tapi sebab kesihatan nak buat camne kan,walau digantikan oleh Shila lagu bencinta ini tersenarai ke AJL 24.(P/s : cute rockers shila mlm tuh)....

P/S : Lagu mane pilihan korang???Aku tetap pilih yang no. 14-10 + 7 =_______


LAGU PENYANYI/ KOMPOSER/ PENULIS LIRIK


1) Masih Jelas (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad)
2) Rindu Terhenti (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta)
3) Situasi (Bunkface/ Sam)
4) Pergi (Aizat/ Pete Teo)
5) Aurora (Estranged/ Estranged)
6) Bencinta (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
7) Kau Aku (Aizat/ Aizat)
8) Cinta Adam & Hawa (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq)
9) Aku Skandal (Hujan/ Noh)
10) Dan Sebenarnya (Yuna/ Yuna/ Paan/ Efry/ Adil)
11) Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/ Ajai/ Habsah Hassan)
12) Bengang (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam)
13) Aku Rindu Sayang Kamu (Black/ Yuzai)
14) Pakai Buang (Stacy/ Edry)


[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics