January 11, 2010

Tahniah, AJL 24 - Aizat, Yuna, Faizal Tahir & Black Mentor

Akhirnya, terjawab sudah siapa yang mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-24 bersiaran langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur...Ternyata kesemua 14 finalis Anugerah Juara Lagu 24 hebat-hebat belaka...serta tanggapan awal aku bahawa kemungkinan bintang dari program Realiti 'Akademi Fantasia' akan mengungguli award kali ini.. Kali ini juga berlaku perubahan di mana tiada lagi kategori bagi lagu berdasarkan format terbuka tanpa sebarang kategori.

Dengan mempertaruhkan lagu Pergi ciptaan Pete Teo dan Amran Omar nyanyian Aizat yang juga lagu ini ditujukan khas buat Allahyarham Yasmin Ahmad , akhirnya menjadi Juara Bagi Anugerah Juara Lagu 24. Kemenangan berganda juga bagi Aizat kali ini apabila memenangi anugerah kategori Persembahan Terbaik bagi Lagu Kau aku. Kalau tengok budak-budak jadi prop memang menarik lebih-lebih lagi bagi lagu rentak rancak.

Tempat ke- 2 dimenangi Yuna dengan lagu hitsnya Dan sebenarnya dan walaupon dalam keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya memang berbaloi dengan kedegilan Faizal Tahir yang masih ingin perfom mendapat tempat ke -3..memang berbaloi kan usaha dia??? Bagi vokal terbaik dimenangi Black dari mentor musim 3....(kalau Lan - Azlan & The typewriter bertanding sapa boleh menang?)

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics