Terimbau kenangan zaman dahulu ketika di Politeknik apabila berkawan dengan orang sebegini...tapi aku masih ingin mempersoalkan...kenapa,mengapa dan bagaimana nak menghadapinya....
Pengertian Keyakinan
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.
Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.
Setiap insan memerlukan sesuatu untuk menguatkan semangat diri dalam melakukan sesuatu. Tapi ada juga sesetengah yang tidak memerlukannya sangat kerana di dalam diri sendiri memang telah wujud sifat yang kita panggil "Yakin diri" yang menguatkan lagi usaha kita dalam melakukan sesuatu perkara yang dianggap sebagai suatu cabaran macam dalam cerita "Amazing Race" sedangkan ia hanyalah sesuatu perkara yang hanya memerlukan sedikit usaha dan keyakinan diri untuk melakukannya serta mencapai kejayaan daripadanya.
Tetapi bagaimana jika seseorang itu mempunyai "keyakinan diri yang tinggi" sehingga merasakan diri sendiri lebih bagus dari orang lain. Setiap perkara yang dilakukan diyakini akan berjaya kerana daya usaha dan keyakinan dirinya saja. Setiap perancangan yang dilakukan dengan teliti juga dirasakan akan berjaya walau apa pon halangan. Dan menyalahkan faktor lain yang menyebabkan apa yang dirancang dengan usaha dan keyakinan diri sendiri menyebabkan apa yang dirancang tidak menjadi???Takkan boleh buat begitu kan??
Kadangkala kita perlu sedar bahawa setiap apa yang berlaku hanya berlaku dengan izinNYA... Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi terhadap kita dan redha dengan apa yang telah ditentukan olehNYA. Inilah salah satu masalah aku bila ada member yang macam gitu..tapi nak buat macam mana, geng lain dah cakap "nak buat macam mana? dah dia memang macam tu...terima ajalah"....
P/s : aku kadang-kadang cuak jugak...adakah aku dalam golongan tiada keyakinan diri???