P/s : Selamat Hari Ibu, Happy Mother's Day!!!! ( 8 MEI 2011)
May 9, 2011
Mudah lembut hati, pada kaum-kaum begini
Rasanya terlalu lama sangat tak menulis... Entah apa nak jadi dengan blog nie, bukan terlalu sibuk dengan kerja. Cuma terlalu sibuk dengan aktiviti selepas waktu kerja, rasa masa selepas kerja tak mencukupi, nak luangkan masa untuk menulis dekat blog yang dah terlalu lama diabaikan ini. Kali nie, seperti biasa tulisan yang masih ada kait mengait dengan kerja. Mana-mana tempat kerja pon akan ada masalah disebaliknya. Orang gila saja yang takda masalah bukan? Bukan terlalu kecut untuk bersemuka dengan 'mereka-mereka' yang suka memberi masalah pada aku, cuma rasa dalam hati yang tidak kuat untuk menjadi 'kurang hajar' dengan mereka-mereka ini yang mungkin dah lama berada di sini sebelum aku.
Aku memang terasa pelik sangat, gaji mereka memang agak besar jika dibandingkan dengan aku. Kenapa rasa malas dalam diri mereka menjadi-jadi.. kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas - rasa macam nak bagi sebijik dekat muka masing-masing, tapi tak terdaya kerana majoriti mereka wanita. Bukan semua tapi seperti biasa sesetengahnya... Umur bukanlah muda tidak lah tua, kategori budak-budak apalah lagi... Sifat pemalas dan ada saja alasan yang memang buat hati rasa panas sangat-sangat. Kalau malas nak buat kerja, tak ikhlas tapi masih menerima gaji dikira macam mana?
Satu je kesilapan aku, aku tak pandai untuk 'beta' atau menjawap dengan jawapan yang agak pedas,panas dan yang akan mampu membuatkan mereka tersentap lantas terdiam. Kiranya kategori budak baik lah tu... Aku jenis yang masih boleh berlembut hati dengan kaum wanita, masih ada rasa hormat tetapi sifat-sifat itu memang tak patutlah.. Masing-masing pon bukanlah muda lagi, sedarlah diri.. Entah-entah esok lusa siapa yang tahu.... Dah lah tu, sampai sini....STOP!
P/s : Selamat Hari Ibu, Happy Mother's Day!!!! ( 8 MEI 2011)
blog comments powered by Disqus