February 18, 2009

Bunkface Hangatkn Sunburst


Diberi peluang menjayakan festival muzik antarabangsa Sunburst KL 2009 yang bakal berlangsung bulan depan barangkali menjadi salah satu pencapaian terbaik bagi kumpulan Bunkface.


Lebih-lebih lagi apabila mereka dapat beraksi bersama barisan artis antarabangsa terkemuka serta beberapa band Indie senior lain iaitu Butterfingers, Meet Uncle Hussain serta Estranged. 

"Kami rasa seperti tidak percaya apabila pihak penganjur menawarkan kami peluang untuk beraksi dalam Sunburst KL 2009. Maklumlah, kebanyakan artis yang pernah beraksi sebelum ini adalah dari kalangan mereka yang sudah established.

"Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kami yang masih setahun jagung ini. Tapi, dengan kepercayaan yang diiberikan ini, kami akan cuba sedaya upaya untuk membuat yang terbaik.

"Kami akan berusaha keras untuk memastikan persembahan kami nanti mempunyai tahap yang boleh dibanggakan atau pun setidak-tidaknya boleh dianggap setanding dengan band senior lain yang bakal beraksi nanti," kata vokalisnya, Sam.

Berbeza pula dengan Butterfingers, kehadiran artis luar terkenal dalam festival muzik tidak sedikit pun membuatkan mereka rasa teruja, sebaliknya mereka lebih menekankan kepuasan peminat menerusi corak persembahan mereka pada malam itu nanti. 

"Sudah tentulah kami akan rasa seronok jika digandingkan bersama artis luar ini di atas pentas yang sama. Lebih-lebih lagi, kalau artis luar itu adalah Coldplay sebagaimana yang khabarkan sebelum ini. 

"Tapi, ia bukanlah matlamat utama kami menerima tawaran untuk beraksi dalam Sunburst kali ini. Apa yang kami lakukan ini tidak lebih semata-mata untuk meraikan kemunculan kami bersama album Kembali. Malangnya, untuk persembahan ini, Loque tidak akan dapat bersama-sama dengan kami kerana dia sudah terbang ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajiannya di Berklee. 

"Tentu dia akan rasa cemburu apabila mendapat tahu kami akan beraksi dalam festival muzik besar itu. Bagaimanapun tempat Loque akan digantikan dengan pemuzik lain yang tidak kurang hebatnya," kata vokalisnya, Emmet. 

Sementara itu, Estranged yang sekali lagi terpilih menganggap bahawa pemilihan mereka itu adalah bukti keyakinan pihak penganjur yang tidak berbelah-bagi terhadap kemampuan mereka selama ini. 

"Yalah, bukan senang bagi penganjur untuk menawarkan sesebuah band muzik beraksi buat kali kedua berturut-turut. Atas sebab itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk menonjolkan sesuatu yang baru atau lain daripada Estranged yang mungkin peminat tidak pernah tahu. 

"Kami harap kali ini kami akan berjaya tampilkan apa yang ingin kami tampilkan. Itu pun kalau penganjur dapat mengikut tempoh masa show sepertimana yang telah ditetapkan di dalam jadual mereka. 

"Sebab tahun lalu, penganjur berhadapan dengan masalah untuk menangani perkara ini. Kami tidak salahkan mereka kerana itu adalah percubaan pertama mereka menganjurkan festival muzik Sunburst. Jadi mestilah ada kelemahannya," kata vokalisnya, Rich. 

Meet Uncle Hussein yang turut diberi peluangkali kedua beraksi dalam Sunburst KL 2009 ini pula berazam untuk memberikan persembahan yang lebih baik lagi berbanding tahun lalu. 

"Banyak benda yang kalau boleh ingin kami pelajari dalam festival ini nanti. Lebih-lebih lagi bila dapat bergandingan dengan artis luar dalam satu pentas yang sama. Orang selalu kata, kalau kita ingin berjaya, kita harus belajar dari orang yang berjaya," katanya. 

Sunburst KL 2009 anjuran Pineapple Concerst Sdn Bhd bakal diadakan di Polo Pavillion, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort pada 21 Mac ini.

0 Lampu Hijau:

Post a Comment

ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...

 
Web Statistics