February 11, 2009

AC Mizal Kekal, Acis, Ida Nerina Masuk!

Join My Community at MyBloglog!

Akhirnya barisan hos dan tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) diumumkan secara rasmi dalam sidang media di Hotel Mandarin Oriental, di sini sebentar tadi. 


Ia menyaksikan AC Mizal kekal sebagai hos dan kemasukan tenaga pengajar iaitu pemuzik Acis atau Hashridz Murshim sebagai pengarah muzik dan pelakon berkarekter Ida Nerina (guru lakonan). Selain itu perubahan ketara terjadi kepada guru tarian yang kini seorang lelaki apabila Cikgu Linda Jasmine digantikan dengan A Aris Kadir.

Manakala muka-muka senior yang kekal adalah Fatimah Abu Bakar, Siti Hajar Ismail dan Cikgu Shafi. Selain itu, Sarimah Ibrahim atau Kak Mah turut kekal sebagai hos Diari AF7 dan program Katanya yang menggantikan Fail Sulit AF.

Perubahan yang berlaku itu dirasakan relevan dengan usia AF yang masuk musim ke-7 dan semakin matang. Ia sejajar dengan sasaran tagline AF7, Kombinasi Pengajar Baru & Lama Bakal Cetus Transformasi Luar Biasa.

Sungguhpun begitu, nama Pengetua AF7 dan barisan pelajar masih lagi rahsia dan akan diumumkan dalam sidang media 
seterusnya.

Pengurus Saluran Astro Ria, En Khairul Mizan Shagul, berkata, selama 6 musim AF bersiaran, pihaknya cukup menitikberatkan soal pemilihan barisan tenaga pengajar kerana ia merupakan tulang belakang utama dalam melahirkan bintang AF berkualiti pada setiap musim. 

"Pada musim ini, kami amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai AF di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak maksima buat pelajar. 

"Kami juga percaya bahawa kembalinya AC Mizal dan Sarimah Ibrahim sebagai pengacara AF7 akan terus dapat menaikkan aura program ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi," katanya. 

AF7 yang bersiaran menerusi Astro Ria (Saluran 104) akan memperkenalkan 2 program baru iaitu Diari EXT AF7 serta Diari INT AF7 yang akan turut dikendalikan Sarimah. 

Pada AF7 ini juga, Radio Era dilantik sebagai radio rasmi serta majalah Aksi sebagai majalah rasmi. Portal hiburan Melayu No 1 - murai.com.my - pula akan memberikan sokongan padu kepada AF7 dalam memaparkan pelbagai berita terkini dan sensasi sepanjang penganjuran program realiti TV paling popular itu.Join My Community at MyBloglog!

0 Lampu Hijau:

Post a Comment

ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...

 
Web Statistics