August 9, 2008

New Malaysian Movie : SuSuk

Selepas ‘Sepi’, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) mempertaruhkan filem seram ‘Susuk’ yang diharap dapat menarik pengunjung panggung menontonnya. Walaupun filem ini khabarnya sudah menjalani penggambaran dua tahun lalu namun ianya lambat menjengah panggung.Bersama pengarah Amir Muhammad dan Naiem Ghalili, ‘Susuk’ dilakonkan Ida Nerina, Diana Rafar, Sofia Jane, Aleeza Kassim, dan Adlin Aman Ramli. Menelan belanja RM1.8 juta, pengurus besar GBSB Ahmad Puad Onah percaya unsur mistikal dalam filem ‘Susuk’ berupaya menarik minat bukan saja penggemar filem Melayu dan pengkritik, malah menjadi buah mulut di kalangan mereka yang cenderung menonton filem-filem indie selain antarabangsa dan bakal menggegarkan panggung seluruh negara.


Penggambaran ‘Susuk’ mengambil masa kerana kita mengambil kira pelbagai aspek dalam pembikinannya,” katanya. “Selain mengimbangi pandangan daripada dua sutradara dalam penghasilan ‘Susuk’, kita menitikberatkan aspek lain seperti teknik pengimejan komputer bagi menghasilkan sebuah filem yang bermutu. Malah usaha keras ini turut memberikan satu kepuasan kepada semua tenaga kerja di sebalik tabir apabila filem ini layak bertanding di Festival Filem Malaysia ke-21 dan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam.“‘Susuk’ juga diharap menepati citarasa penggemar filem Melayu untuk menikmati sentuhan sutradara muda yang mempunyai nama besar dalam dunia indie sekaligus mencipta penonton baru untuk mengenali dan menyukai filem-filem mainstream tempatan,” katanya lagi.


Bagi pengarah Amir Muhammad, ‘Susuk’ dipilih kerana tidak ada lagi filem Melayu yang mengangkat tema ini sebagai jalan cerita. Memandangkan ‘Susuk’ adalah filem pertama Amir Muhammad di persada mainstream, pasti ramai menanti karya sulungnya ini.‘Susuk’ adalah cerita mengenai kehidupan dua watak misteri, Soraya, pelatih jururawat dan Suzana, seorang penyanyi diva. Soraya, gadis muda yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai impiannya menjadi seorang bintang manakala Suzana harus berdepan situasi apabila susuk yang diamalkan memerlukan dia mengorbankan nyawa. Perjalanan yang mempertemukan dua watak ini bakal membongkar rahsia kehidupan serta misteri amalan susuk mereka.

0 Lampu Hijau:

Post a Comment

ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...

 
Web Statistics