Walaupun masih muda, dia baru 21 tahun dan jejaka idamannya berusia 30-an, bagi Joyah usia muda bukanlah penghalang bagi mendirikan sebuah mahligai kerana bagi Joyah apa yang lebih penting adalah persefahaman.
Kalau pandai melayari bahtera, maka akan berjayalah sebuah perkahwinan itu. Lagipun kedua-duanya pun dah ada kerjaya yang stabil. Elyana semakin harum namanya di persada seni dan jejaka yang dikenali sebagai K itu pula merupakan seorang ahli perniagaan.
Lagipun, Joyah tengok, Elyana dengan buah hatinya itu memang sepadan. Joyah sendiri pernah melihat mereka berdua di sebuah pusat membeli belah tak lama dulu.
Mereka bagi Joyah, pasangan muda yang santai. Keluar bersama pun tak kecoh-kecoh nak romantik semacam seperti sesetengah pasangan artis tu.
Jadi kalau benarlah perkhabaran yang Joyah terima ini, maka tahniahlah Joyah ucapkan. Joyah gembira mendengarnya. Iyalah, bila hati dah suka, buat apa tunggu lama-lama.
Follow @pistonpecah
0 Lampu Hijau:
Post a Comment
ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...