Showing posts with label adamaya tv3. Show all posts
Showing posts with label adamaya tv3. Show all posts

May 6, 2010

Kewujudan fan page Kami Benci Dani Adamaya??? Marah betul ye..


Berbekalkan kata kunci 'dani adamaya' akhirnya berjaya juga saya mencari fan page ini yang amat membenci pada satu watak dalam Drama Bersiri di sebuah stesen televisyen terkenal. Dah lama sebenarnya perasan akan kewujudan fan page facebook ini, cuma baru hari ini saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca blog ini serta rakan-rakan di twitter yang bertanyakan tentang ini.


Rasanya ketika saya perasan akan fan page tersebut fansnya baru mencecah 800..tapi kini sudah hampir 2k??Ish..ish..ish, memang kuat betul kesan dari watak dani lakonan Faizal yusup dan juga maya - lisa surihani dalam drama bersiri AdaMaya ... Juga watak Adam - Syed Hussein .

Tapi perlu diingatkan...ia hanyalah sekadar watak & perwatakan... kalau benci watak sahaja takpe kot ek?jangan benci orangnya sudah...tak pasal-pasal gambar dani - faizal yusup jadi mangsa dalam fan page tersebut..


Jom layan fan page Mia Sara lak...cute sungguh dak kecik nih...

P/s : adakah anda salah seorang dari fan page ini...juga ada ke fan page benci maya lak?ish..sudah-sudah la yer..hihi

[Sambung Baca...Disini]

April 2, 2010

Adamaya - Slot Akasia TV3 - Mulai 6 April,6.30 Petang


Drama bersiri 23 episod ini menggunakan konsep dari Filem I'm Not Single,dan pengarah kali ini dipegang oleh Feroz Kader menggunakan judul lebih menarik dengan pemilihan barisan pelakon lama dan baru.Hanya Lisa Surihani satu-satunya pelakon asal Filem I'm Not Single yang menjayakan drama ini.Pelakon lain seperti Diana Amir, Putri Mardiana, Faizal Yusup,Hafizuddin, Mustapha Kamal. Menghasilkan drama bersiri dari filem sudah menjadi tradisi MIG bermula dengan Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur, Adnan Sempit dan kini Adamaya.


DALAM filem I'm Not Single, Lisa Surihani terpaksa berkahwin dengan Farid Kamil, tetapi untuk drama bersiri Adamaya, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu akur dengan jodoh ditetapkan keluarga untuk mengahwini Sein Ruffedge.Antara Sein dan Lisa juga sudah mengenali satu sama lain sebagai kawan, tetapi kini perlu menjayakan watak masing-masing sebagai Adam dan Maya

Drama ini memulakan penggambaran sejak 13 Mac lalu dan bakal disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 bermula awal bulan depan. Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.

Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.

 "inilah dia anak Lisa Surihani", dalam drama AdaMaya
Nota Kaki : Untuk gambar keseluruhan dari episod 1-23,ada di dalam album AdaMaya  Fan Page Legasi Piston Pecah

Barisan Pelakon :


Faizal yusup, Lisa Surihani , Diana Amir , Hussein Ruffedge , Dian P.Ramlee , Mustapha Kamal , Puteri Mardiana , Mia Sara


P/s : AdaMaya,Slot Akasia Tv3 Mulai 6 April -6.30 Petang.


[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics