Showing posts with label usha awek. Show all posts
Showing posts with label usha awek. Show all posts

March 24, 2010

Kata-Kata Kau - Oh! Wanita....


Ini bukan komuniti Oh!...khas untuk bacaan umum...

Perbezaan orang lelaki dan perempuan macam dua makhluk dari planet Mars dan Venus. Lain dari orang lelaki yang lebih lasak dan tahan, orang perempuan lebih emosi dan sensitif. Jadi kita orang lelaki kena cuba memahami maksud tersebunyi disebalik kata-kata dan pertanyaan mereka.


Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picitkan kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla ... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat ... Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


Kalau perempuan kata: Bang fikir baik-baik. Nak bertanding untuk mana-mana parti mesti setia. Kalau dah pilih UMNO, abang jangan sekali-kali lompat masuk PAS. Makna tersembunyi: Awak jangan sekali-kali cuba kahwin orang lain!

Juga khas untuk Lisa Surihani :


Happy Belated Birthday <-- betul tak ejaan ini?hihi

23 Mac 1986 <--- 24 tahun da ek....aku baru je 23...!









P/s : complicated..? rumit?? [Sambung Baca...Disini]

August 15, 2009

Mens zone only...cara2 usha awek...



Cara-cara usha awek Vol.2...Vol 1 Ahmad Nabil da tunjuks...

1. Cuba senyum padanya

-Usah malu-malu menyatakan kita suka kepadanya. Pergi saja kepadanya dan berterus terang. Andai gadis itu sudah berpunya, apa salahnya menjadi kawan?

2. Gunakan kawan

-Mungkin sukar mendekati wanita yang belum dikenali. Bagi mengelak rasa gugup, inilah masanya kita menggunakan rakan sebagai ‘orang tengah’ mendekatkan kita kepadanya.


3. Buat kejutan

-Wanita sukakan kejutan. Tidak kiralah mahal atau murah, pemberian ikhlas mampu menawan hati wanita. Apa kata, lakukan sesuatu seperti gubahan daripada bahan kitar semula atau kuntuman bunga daripada penyedut minuman... Ini tentu mengujakan si dia!

4. Tunjuk bakat

-Terdesak menarik perhatian si gadis, tidak salah anda menari atau melakukan apa saja yang boleh membezakan anda dengan mana-mana lelaki. Mungkin cara itu menampakkan diri kita yang selamba dan ‘gila-gila’!

5. Gunakan pengaruh

-Cara terakhir, andai semua cara tidak boleh ‘mencairkan’ hati wanita... sudah tentu tidak teragak-agak meluahkannya di corong radio!
[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics