November 21, 2011

Pengurusan berubah, Nasib selepas ini?


Menulis dan terus menulis lagi, kali ini berkaitan dengan perubahan / rombakan / penstrukturan semula. Normal, semua tempat kerja akan mengalami perkara seperti ini, cuma berbeza situasi dan keadaan selepas semuanya berlaku. Aku tak nafikan kita sememangnya tidak boleh terlalu memilih kawan sekerja atau mereka yang lebih atas dari pangkat kita, hanya mampu menerimanya seadanya. Tapi tak pernah lagi merasakan situasi sebegini, ape agaknya akan terjadi selepas semua ini telah ditentukan? Memang diakui, bukan mudah untuk terima ‘orang baru’ dalam tempat kau bekerja, lebih-lebih lagi jika pangkatnya lebih besar dan sama besar dengan kepalanya juga. Memang penatlah gayanya hendak menerima karenah orang seperti itu.

Semua pertukaran yang bakal berlaku ini juga dibuat mengikut tahap gred masing-masing. Tidak kira apa jua jantina, owh tidak! ini bukanlah hendak atau mahu merendah-rendahkan hal-hal berkaitan jantina sebenarnya. Cuma berharap, agar pihak pengurusan lebih teliti dalam membuat sebarang keputusan, biarlah ianya sesuai dan kene pada gayanya. Itu juga dapat mengelakkan sebarang masalah atau salah faham bila proses pertukaran ini telah selesai dibuat. Kerana tidak semua tempat boleh diletakkan sesuka hati tanpa mengira jantina, perlulah bertimbang rasa sedikit.

Kalau hendak diikutkan, yang lama perlulah menerima ‘orang baru’ seadanya. Setiap orang pasti ada gaya dan cara bekerja yang tersendiri, pasti ada perubahan selepas itu. Yang mana boleh ikut, ikutlah dan yang mana rasanya agak tidak mampu untuk dituruti, tegurlah. Bekerja perlu ada kesefahaman, kalau hendak ikut kepala itu seorang, yang lain-lain macam mana? Pasti ada perbalahan, jadi semuanya perlu ada kata sepakat. Kalau tidak, buatlah kerja itu seorang diri. Jangan harap yang lain-lain akan rasa simpati dan tergerak untuk menolong. Jangan Harap!

Akhir sekali, aku tidak mengharapkan seseorang yang terlalu sempurna, sukar kerana mereka sukar untuk terima kesalahan sendiri. Tapi berpatutanlah jika buat kerja ikut prosedur, tidak terlalu kelam kabut, mampu berfikir dengan rasional dan buat keputusan yang tepat dan betul. Mampu terima kelemahan dan kelebihan orang lain, barulah diri kita akan diterima sebaik-baiknya.

P/s : sekejap rasanya masa dah berlalu, umur makin meningkat… bila nak kahwin?

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics