March 13, 2011

#HelloBar Cara Untuk Membantu Jepun Dengan bantuan & Penuh kesedaran


Semalam, seluruh dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Jepun. Gegaran sekuat 8.9 pada skala Richter.Gempa bumi tersebut seterusnya menyebabkan kejadian Tsunami, menyebabkan kerosakan dan ketidakstabilan loji kuasa nuklear dan telah mengorbankan banyak nyawa.

Melvin, Pereka Web Volcanic telah mengemaskini #Hello Bar yang ada di dalam laman webnya untuk menyatakan rasa kesedarannya untuk memberikan bantuan pada mangsa-mangsa gempa bumi & Tsunami di Jepun dengan cara mempromosikan status kemaskini #HelloBar di laman webnya terus kepada Red Cross

Terdapat 2 cara untuk bersama-sama membantu menyalurkan bantuan terus untuk pihak Jepun kepada Red Cross :

1. Pengguna baru boleh terus mendaftarkan diri di laman web #HelloBar dengan invite code - helpjapan. Seterusnya mengemaskini status #HelloBar anda dengan ayat yang tersendiri bagi menyatakan rasa kesedaran untuk membantu. Bagi pengguna sedia ada, boleh terus mengemaskini status anda.

2. Sekiranya anda tiada masa untuk mendaftar, #HelloBar telah menyediakan satu code yang boleh di copy dan dipaste kan di blog masing-masing. Dapatkan codenya di sini

P/s : Bencana dan musibah..harap-harap sentiasa dijauhkan....


blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics