December 7, 2010
Mudahnya mempersoalkan sesuatu,benarkah persoalan itu?
Sebelum itu, Salam Maal Hijrah pada kamu semua... Lihat pada gambar dekat atas tu, pasti stress/tertekan jika melihat kerja yang banyak sebegitu. Syukur pekerjaan aku sekarang ini tidaklah begitu, cuma kadangkala akan jadi begitu walau tiap setiap hari cuma pada waktu-waktu perayaan atau cuti umum atau seperti biasa ketika di hujung minggu. Seronok tak kerja yang aku ada sekarang?
Tapi rasa kesal yang sangat-sangat bila ada yang mula mempersoalkan tanggungjawab yang diberikan. Mungkin tanggungjawab mereka berlainan, dan rasa cemburu mula berputik dihati masing-masing.Malah ada yang mula membuat tuduhan-tuduhan liar, kerana pada pandangan mata mereka aku ibarat pekerja yang hanya makan gaji buta?Owh,mudah benar membuat tuduhan... cis!
Paling rasa sakit bila Manager yang hanya menyebelahi mereka-mereka yang itu tadi.Mungkin juga kerana department yang dipertanggungjawab sekarang bukan 100% dalam tanggungjawab Manager tersebut.Kerana itu juga dia merasa setuju dengan apa yang dipersoalkan. Macam apa Manager macam tu?
Follow @pistonpecah
Bukan rasa nak mengeluh...cuma rasa tersangat lah tidak logik bila mereka mudah mempersoalkan apa yang mereka sendiri tidak tahu menahu sebenarnya.Tidak pernah terasa mahu mempersoalkan mengenai apa aktiviti mereka selepas membuat kerja yang tidak sebanyak mana... berapa lama mereka rehat?mengular?tidak berada di department masing-masing?Owh,manusia....sakit dengan orang seperti Kamu!
P/s : Ada rezeki lain barangkali, aku akan pergi dari pekerjaan ini.....
blog comments powered by Disqus