August 19, 2010

Cepatnya masa 2 bulan itu sudah berlalu, di bulan Ramadhan


Sekejap betul dah nak masuk 2 bulan saya bekerja.... dan juga satu situasi baru apabila bekerja di bulan Ramadhan..macam-macam dugaan dan cabaran, kalau tak sabar mungkin dah lama terbatal segala ibadah puasa selama ini... Juga pengalaman pertama bila berbuka puasa ketika kerja di waktu petang hingga malam.
Terasa sedikit kelainan jika dibandingkan dengan masa dulu...

Mula rasa risau, bila dah terasa sangat selesa dengan kerja sekarang. Jangan sampai lupa tujuan asal, ia tidak akan kekal selamanya tetapi hanya buat sementara waktu. Sekadar mengisi kembali masa yang terbuang sebelum ini kerana terlalu memilih dan tidak tahu akan istilah "cerminkan diri sendiri"... Ramai rakan sekerja yang terasa pelik dan heran bila saya memilih kerja ini... Mereka tidak faham tujuan sebenar dan mula mengeluarkan pendapat sendiri... "bajet pandai sangat la tu"...!

Tak mudah untuk melakukan kerja yang sedia ada sekarang..perlu meletakkan diri di bawah tahap yang sepatutnya dan cuba belajar sesuatu dengan mereka yang agak "senior" tak kira apa cara/ kaedah yang terbaik mereka dapat berikan.. Pendek kata "telinga kene tebal" kalau nak bertahan lebih lama disini... Ada kelayakan pon kerja yang dibuat tetap sama,gaji pon sama... kelayakan cuma gantung di dinding saja, kerana menantikan peluang yang sebenarnya untuk di buka semula.

Perkataan "sabar" kadangkala tak berguna apabila terpaksa berdepan dengan mereka yang bergelar "pelanggan asing" yang kadangkala mengada-ngada lebih dari rakyat negara ini sendiri...Lebih mudah digambarkan mereka ini adalah seperti "Modal kecil,untung nak Juta-juta"....! Langsung tiada sifat menghormati "kami"... Kami hanya pekerja dan bukannya Hamba!!!! Tolonglah fahami setiap perkataan yang dinyatakan, dan cuba bersabar... This is Malaysia!

Puas sudah menulis, lama sudah blog tidak diupdate... Lain kali entri seterusnya akan menyusul lagi!

P/s : Bosan dengan kerja.... Diploma sekadar gantung di dinding saja!!!!!

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics