June 20, 2010

'Mereka' terkenal & kadangkala terlalu Ekslusif !


Terkenal dan kadangkala ekslusif....kenapa dan mengapa ya? kalau tak ekslusif maka tak terkenal lah kan? Kalau sebut sahaja mengenai terkenal atau popular pasti di dalam fikiran masing-masing akan mula terfikirkan mengenai 'mereka-mereka' yang bergelar selebriti atau sesiapa sahaja yang namanya dikenali melalui media cetak atau media elektronik...Tetapi biarlah terkenal atau popular ini dikategorikan bagi mereka yang bergelar selebriti yang hidupnya dalam bergelar 'anak seni' tidak kira pelakon mahupun penyanyi...

Credit : google 

Bila nama sudah mula dikenali dan sentiasa menjadi tumpuan media dan peminat di sekelilingnya pasti lama-kelamaan situasi semakin sukar untuk lebih mengenali golongan ini dengan lebih rapat kerana ada satu penghalang disebalik nama dan kepopular-annya.Itulah dia yang dikatakan Ekslusif... Kenapa Ekslusif? Kerana mereka hanyalah satu dibandingkan dengan jumlah peminat yang tidak terkira ramainya.Jadi pasti tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak, dan ada yang terluka?owh,bagi saya tidak menjadi isu, lebih suka untuk menggunakan konsep untuk cuba memahami keadaan mereka, noktah. Tetapi Ekslusif ini tidak menjadi penghalang sebenarnya kerana ia bergantung pada faktor-faktor tertentu.

Credit : google

Faktor yang sebenarnya menyebabkan mereka terlalu ekslusif untuk lebih dikenali dan ekslusif tapi tidak terlalu sukar untuk peminat-peminat mereka mengetahui segala perkembangan dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan terhadap idola mereka. Dari rumusan saya sendiri, mereka yang terkenal dan ekslusif ini terbahagi pada 2 kategori dari segi umur. Umur yang masih muda atau telah dewasa? Pada saya mungkin kategori yang ke-2... Selain itu, sekiranya mereka pernah terlibat dengan sesuatu kontroversi yang pernah menaikkan nama mereka? sebenarnya menaikkan dalam menjatuhkan yang paling tepat. Faktor sebegitu pasti membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam setiap langkah yang dibuat...Haruslah kan? Apabila sudah menjadi terkenal/popular/public figure pasti ramai 'mata-mata' yang memerhati.

NOKTAH ! Sampai situ sahaja tangan ini mampu untuk menulis... sebelum mengarut dan mengarut lebih baik berhenti.Maaf kerana gambar hanyalah artis luar negara...selamat negara kita tidak lagi seperti itu? 

Juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada Bapa/Ayah di seluruh dunia!!!



P/s : Cari maksud terkenal/popular/famous tak jumpa...Gambar artis kita pon susah nak cari seperti di atas.

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics