February 10, 2010

Kelebihan OS Google

 

Bagi mereka yang gemar melayari internet dan menjadikan ia sebagai satu aktiviti yang perlu di lakukan setiap hari tentu memerlukan browser yang terbaik bagi memastikan sepanjang masa mereka menggunakan internet berjalan dengan lancar dan rasa puas hati yang amat sangat... Dan kebiasaanya kita pasti mendegar akan browser-browser terkenal selain dari Interet Explore... seperti mozilla firefox,safari dan juga opera serta yang boleh di katakan masih baru iaitu google chrome...Google chrome pada asalnya cuma menyokong sistem operasi (OS) Windows, kini sudah serasi dengan OS Linux seperti Ubuntu.

Kini, enjin carian terkemuka, Google merasakan mereka perlu menyediakan alternatif baru dalam industri perkomputeran apabila bakal melancarkan OSnya sendiri iaitu Chrome tidak lama lagi.Ia selepas kejayaan pelayar mereka yang turut memakai nama sama sejak dilancarkan.Pengarah Pengurusan Produk Google, Caesar Sengupta, berkata sejak pelayar Google Chrome dilancarkan kira-kira setahun lalu, ia sudah mempunyai lebih 40 juta pengguna yang menggunakannya secara kerap.

Kaji Selidik ComScore pada Ogos tahun lalu, rakyat Malaysia menghabiskan sekurang-kurangnya 14 jam setiap bulan untuk melayari Internet manakala generasi mudanya menggunakan 3.3 jam masa mereka untuk perkara sama.pasaran. Malaysia penting dalam peta Chrome apabila penyelidikan mendapati pengguna Internet di negara ini kini mencecah 16.9 juta pengguna dengan kadar celik Internet sebanyak 65.7 peratus.

Kelebihan yang ada dalam OS Google Chrome :
  • Google Chrome direka untuk pengguna yang menggunakan laman web secara kerap untuk mencari maklumat, memeriksa e-mel, membaca berita online, membeli-belah atau berhubungan dengan rakan.
  • Google Chrome OS akan disasarkan kepada peranti netbook berikutan kandungannya yang ringan.
  • Google menekankan aspek laju, mudah dan selamat sebagai ciri utama dalam pembangunan Chrome OS.
  • Pengalaman menggunakan Chrome pasti mengagumkan kerana ia ringan dan tidak disaratkan dengan antaramuka yang maksimum.
  • Kajian dari pelbagai sudut untuk memastikan keselamatan yang ketat bagi mengelakkan pengguna terdedah kepada bahaya virus, malware dan memperbaharuinya.
     


     P/s : Persaingan OS.... tapi lau pakai pirate sama jek...haha...




    blog comments powered by Disqus
     
    Web Statistics