December 2, 2009

Buli....membawa padah!

Mesti pernah dengar kan perkataan "Buli"....Biasanya banyak berlaku di kalangan remaja zaman sekarang nih.Kes-kes buli banyak dikaitkan dengan sekolah-sekolah berasrama kerana di sana lebih mudah untuk dilakukan akibat tiada kurang pengawasan.Ye lah semuanya dah besar panjang,takkan nak jaga 24-7 kan.Cume persoalannya adakah yang dibuli itu jahat atau yang membuli sebaliknya.Mereka yang pernah ada pengalaman pasti tahu akan jawapan sebenar dan aku juga pernah mengalaminya tapi ia lebih kepada buli jenis mental.

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain. 
Jenis-Jenis Buli :

Buli Fizikal :
  • Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
  • Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli Mental :
  • Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
  • Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.
Sebab suka Membuli :
  • Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
  • Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
  • Mereka pernah menjadi mangsa buli.
  • Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
  • Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
  • Akibat perceraian ibu bapa.
  • Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
  • Sekadar mahu berseronok.
  • Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
  • Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
  • Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
  • Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.







blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics