Sesetengah.....Ingat balik masa dulu-dulu.Mase sambung blaja dekat KPTM.Macam-macam ada kat sana.Dari segi perangai,tebiat juga tidak lupa hobi dari masa kecik sampai da beso panjang pon still macam tuh.Bukan nak sentuh pasal sifat-sifat manusia yang begitu cuma satu situasi (bukan nyanyian bunkface) yang kita dapat lihat apabila duduk dalam satu komuniti pelajar yang ramai...Salah satunya pasal kes bila nampak ada parents datang melawat atau bawa balik anak-anak diorang bila time-time cuti panjang atau cuti semester mulalah ada yang berkata "anak manja" lah tu...Memang boleh nampak sangat tak ramai parents yang amik kisah dari segi-segi seperti di atas supaya anak dia lebih berdikari tapi ada jugak yang tak macam tuh.....
Sebenarnya ada banyak faktor : (amik berat dan tidak)
- Adik beradik ramai , jadi tak dapat beri perhatian yang penuh pada anak-anak yang dah beso.
- Sibuk bekerja (biasenya golongan professional) jadi kurang amik berat kes-kes seperti di atas.Upah pemandu je dah cukup atau bagi je duit lebih ciki pandai-pandai lah macam mane nak berdikari.
- Parents yang mungkin ketika zaman dahulu dibesarkan dengan cara yang begitu, jadi anak-anak dia pon akan dibesarkan dengan cara begitu.
- Berlawanan dengan 1st kt atas, tak ramai anak dan tiada masalah dari segi kerja dan ada masa yang diperuntukkan untuk bersama anak-anak / pandai membahagikan masa.
- Tidak mahu anak-anak merasa susah untuk hidup tapi jika untuk sedikit sebanyak merasai kesusahan yang memberikan mereka pengalaman hidup mungkin tidak salah....Zaman dahulu dan sekarang mungkin ada yang sama dan tidak.Kadangkala pengalaman hidup menjadi kita lebih matang meneruskan kehidupan dan kadangkala ia tidak.
Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh.
Tidak semua orang yang berkahwin mudah dan cepat menimang cahaya mata. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini. Oleh itu, pasangan yang telah diizinkan oleh Allah mendapat anak mesti menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang sebaik dan seimbang mungkin menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW.
Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).
Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74).
Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Maryam: 5-6).P/s : juga bagi mereka yang akan menimang cahaya mata....tak lama lagi aku dapat anak buah...besh2!