Sukan base jump berasal daripada perkataan base iaitu building, antenna, span dan earth (bangunan, antena, masa dan bumi).
Sukan yang tergolong dalam kategori ekstrem ini bermula pada 1980-an selepas beberapa penerjun udara mengubah corak terjunan bagi menambah aksi serta meningkatkan tahap kebolehan hingga mencapai batasan kebolehan diri.
Sejak itu, populariti sukan ini meningkat dengan mendadak dan menjadi sukan yang mendapat sambutan menggalakkan dari penerjun berani mati seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia.
Dengan melakukan aksi berani mati melalui jatuhan yang hanya berlangsung selama beberapa saat, segala tindakan penerjun dilihat tidak masuk akal dan pastinya, menyebabkan penonton cemas.
Penerjun bukan saja memerlukan lesen terjunan, mereka juga perlu memiliki keberanian, kemahiran dan keazaman tinggi serta pengetahuan mengenai geometri kebendaan, tempat mendarat, keadaan cuaca lokasi dan sebagainya.
Sehingga hari ini, sudah ramai penerjun dari luar negara seperti Australia, Jepun, New Zealand, India, Ireland, Singapura, China, Switzerland, Finland, AS, Russia, Ukraine, Sweden, Denmark, UK, Belanda, Norway, Perancis, Turki, Kanada, Malaysia dan Indonesia menggemari sukan ekstrem ini.
Pertunjukan terjunan base peringkat antarabangsa di Malaysia buat pertama kali diadakan pada 3 Oktober 1999 di Menara Kuala Lumpur. Sejak itu, ia dijadikan acara tahunan dengan penyertaan lebih 50 penerjun dari pelbagai negara dan jumlah peserta terus meningkat.
Bagi menambah tarikan tahun ini, orang ramai berpeluang menyaksikan terjunan pada waktu malam yang dipersembahkan di tiga lokasi iaitu di Menara Taming Sari, Menara Alor Setar dan Menara Kuala Lumpur.
Selain acara kemuncak 46 penerjun menjayakan aksi terjunan base selama 24 jam, acara di Menara Kuala Lumpur sebelum itu mencatatkan sejarah tersendiri dengan penyertaan keseluruhan 98 penerjun termasuk 12 penerjun tempatan.
Debaran terjunan base di Menara Kuala Lumpur kali ini dihiburkan dengan aksi pemegang rekod dunia dalam sukan base jump dari Australia, Gary Cunningham yang sudah melakukan lebih 1,000 terjunan bangunan di seluruh dunia termasuk 133 terjunan di Menara Kuala Lumpur.