October 25, 2009

Hipokrit

Blog Singledansimple:

Dalam soal putus cinta misalnya, ia mungkin bukan berpunca daripada silap kita, tetapi berhak meminta perpisahan. Untuk apa terus menyeksa diri bersama si dia sedangkan ternyata dia yang bersalah.

Kita juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan itu bukanlah yang kita inginkan tetapi keadaan yang memaksa.

Ada perkara tertentu yang kita perlu memohon maaf dan ada keadaan yang tidak memerlukan kemaafan. Berikut antara beberapa perkara yang harus direnungi:




Perasaan anda


-Apa yang anda rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak anda. Jadi jangan rasa bersalah jika terpaksa bermasam muka dengan orang lain.

-Anda berhak mempertahankan pendapat kerana setiap individu mempunyai sifat ego sendiri. Bukan semua orang tahu menghargai atau menyelami perasaan anda sebagaimana mereka mahu anda menghargai perasaannya. 


Lebih berkebolehan

-Mungkin gaji anda lebih tinggi daripada kekasih atau lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang terdekat.

-Setiap manusia mempunyai keistimewaan tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan anda, pedulikan saja. Anda harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan dimiliki serta bersyukur dengan kurniaan itu. 


Masa lalu

-Jangan meminta maaf atas keputusan yang pernah anda laksanakan pada masa lalu. Ini kerana apa jua keputusan yang dilakukan bergantung pada situasi saat itu.

-Walaupun ada yang menentang keputusan itu, jangan cepat tersentuh. Anda tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan terletak di tangan anda dan ia amat mempengaruhi hidup di masa depan.


Menjadi perhatian

-Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Anda jangan risau jika menjadi perhatian orang.

-Mungkin ada sebab tertentu anda dipilih berbanding orang lain. Tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana anda yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka.

-Jika ingin lari daripada terus menjadi perhatian orang, usahakan supaya anda berjaya menghindarinya. Jangan babitkan orang lain jika anda tidak mahu diri dipersalahkan.


Berkata jujur

-Kejujuran adalah resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Anda tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ia mendatangkan kebaikan.

-Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara anda dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran itu atau sebaliknya.


Berterus terang

-Kita mungkin mampu membohongi orang lain tetapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, anda sudah tertarik pada orang lain sedangkan anda baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia.

-Salah satu sebabnya ialah mungkin anda tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik adalah dengan berterus-terang, daripada terus menipu si dia dan diri sendiri.

-Nyatakan sebab anda tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik bertindak lebih awal lagi supaya perasaan itu tidak terlajak jauh.


Tidak menepati cita rasa

-Bukan mustahil untuk mementingkan cita rasa sendiri contohnya dalam memilih pasangan. 

-Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang dipilih langsung tidak menepati cita rasa. Sudah tentu anda mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap ia berkekalan. 
-Lalu, anda sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri yang diimpikan. Walaupun tidaksecara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri itu pada diri si dia.


 


blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics