November 13, 2009

Akibat cuai,kaki di potong

Kesian dengan naseb mangsa ini [ harian metro]

Kat mane silapnye???Adakah kurang pengetahuan atau sikap tidak mengambil berat setiap perkara yang dilakukan atau kurang latihan dan pengawasan dari pakar???Adakah perkara-perkara seperti ini remeh saje atau dipandang biase zaman sekarang???  


KUALA LUMPUR: Seorang remaja terpaksa menerima hakikat cacat seumur hidup selepas kaki kirinya terpaksa dipotong dari paras lutut akibat jangkitan kuman yang didakwa berpunca daripada pengambilan darah oleh seorang doktor pelatih ketika demam panas, bulan lalu.


Sharifah Atikah Syed Fisol, 14, dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah, akibat demam panas pada 13 Oktober lalu.


Dia yang turut menghidap kencing manis diperiksa beberapa doktor pelatih.


Ketika hendak mengambil darahnya untuk ujian, seorang doktor pelatih cuba mengambilnya melalui urat pada tangan tetapi gagal menyebabkan doktor itu mengambil darah di pahanya.

“Selepas beberapa jam, kaki adik saya mula kebas dan kemerah-merahan serta timbul bintik-bintik seperti ruam menyebabkan saya panik, namun diberitahu ia kesan biasa akibat pengambilan darah dari bahagian itu.

“Selain itu, dia mendakwa kesan berkenaan perkara normal bagi penghidap kencing manis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Namun, kesan itu bertukar lebam menyebabkan adiknya tidak boleh berdiri menyebabkan dia mengadu kepada kakitangan yang merawat adiknya, namun tidak diendahkan.

“Selepas lima hari, seorang doktor pakar melawat adik saya dan terkejut melihat keadaan kakinya yang bengkak dan lebam lalu mengarahkan dia dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Lebih mengejutkan, setibanya di HKL, kami dimaklumkan kaki adik saya sudah terlewat untuk diselamatkan kerana saluran darahnya tersumbat dan perlu dipotong sehingga ke lutut. Ini kerana jika dibiarkan dia berisiko tinggi mendapat jangkitan kuman yang serius sehingga boleh membawa maut,” katanya.

Akur nasihat doktor, adiknya menjalani pembedahan memotong bahagian itu kira-kira dua minggu lalu.

“Kini, adik sering termenung dan menangis kerana kehilangan anggota badannya sedangkan dia seorang yang aktif.

“Ini memberi tekanan kepada kami sekeluarga dan tindakan saman akan diambil terhadap kecuaian HSAH mengakibatkan masa depan adik gelap,” katanya yang membuat laporan polis di Sungai Petani.



 



blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics