August 4, 2009

Pesawat tanpa pemandu hak milik ATM m'sia


SEMPORNA: Enam pesawat tanpa pemandu (UAV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digunakan sepenuhnya menjelang hujung tahun depan menerusi usaha meningkatkan teknologi pembuatannya oleh konsortium tempatan bagi melengkapkan sistem pertahanan negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan memberi tempoh hingga hujung November 2010 bagi Unmanned Systems Technology Sdn Bhd (UST) melaksanakan penambahbaikan pesawat sedia ada untuk memastikan
ia mampu memenuhi keperluan ATM. Ketika ini, ATM memiliki empat pesawat UAV yang digunakan dalam Operasi Pasir (Ops Pasir) di sini menerusi pentadbiran Angkatan Bersama (ATB) yang berpangkalan di Markas ATB 2 Kem Kukusan Tawau, dekat sini.

Pesawat Aludra seberat 130 kilogram dan berenjin 32 kuasa kuda itu mampu beroperasi dalam kawasan sekitar 40 kilometer (km) dengan kemampuan terbang yang pernah diuji selama dua jam. Keempat-empat pesawat berkenaan mula beroperasi merakamkam gambar perairan, pulau dan daratan di sekitar Lapangan Terbang Semporna yang ditadbir di bawah Kem Sri Wangsa, di sini. Bagaimanapun, sejak beroperasi Oktober tahun lalu, pesawat berkenaan masih dikendalikan operator UAV dari UTS yang bertanggungjawab melatih anggota ATB untuk mengendalikannya pada masa depan.


Ahmad Zahid berkata, UAV sedia ada hanya mampu berlepas dan mendarat menggunakan landasan di lapangan terbang berkenaan sedangkan ATB memerlukan pesawat yang mampu berfungsi sedemikian tanpa landasan. "Ops Pasir memerlukan UAV yang mampu mendarat di pulau dan sudah pasti di situ tiada landasan. Oleh itu, kita memerlukan UAV yang mempunyai kemampuan teknologi lebih baik berbanding sedia ada. "Saya yakin, jika konsortium itu mampu menambah baik teknologi pembuatannya, ia boleh digunakan bukan setakat oleh ATM, malah pelbagai agensi kerajaan yang lain," katanya selepas menyaksikan demonstrasi penerbangan UAV Aludra di lapangan terbang itu di sini, semalam. Taklimat mengenai perkembangan terkini operasi UST disampaikan Ketua Eksekutif Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), Datuk Rosdi Mahmud.

Hadir sama Panglima ATB, Lt Jen Datuk Allatif Mohd Noor dan Komander ATB 2, Brig Jen Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan serta Pengerusi UTS, Senator Datuk Syed Ali AlHabshee. Ahmad Zahid berkata, walaupun UAV bukan keperluan mendesak, ia tetap penting sebagai aset ATM terutama dalam mempertahankan ratusan pulau dan daratan di Pantai Timur Sabah, selain turut digunakan dalam operasi ketenteraan di Semenanjung dan Sarawak. Sehubungan itu, beliau meminta UTS meningkatkan penambahbaikan pesawat berkenaan bagi membolehkan agensi keselamatan yang lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Mengenai Ops Pasir yang memelihara kedaulatan perairan dan ratusan pulau dari Tawau di Pantai Timur Sabah hingga Kudat di utara negeri itu, beliau menegaskan, kementerian akan meningkatkan kemudahan asas di kem utama dan pangkalan tentera di pelbagai pulau


1 Lampu Hijau:

Aiza Hanis S. said...

thanx coz jd follower my blog :)

Post a Comment

ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...

 
Web Statistics