March 13, 2009

Ummni Nazeera akn ke New York???


"Minat saya begitu mendalam dalam bidang lakonan. Memang tidak pernah terlintas di hati saya untuk mencari glamor kerana misi saya ingin menjadi pelakon serius dan berilmu pada masa depan.

"Terus terang, saya tidak mahu dikenali kerana gosip atau kontroversi kerana ia bukanlah matlamat saya dalam bidang seni," katanya. 

Justeru, dalam usaha menggapai menjadi pelakon berilmu, Ummi Nazeera atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin merancang mengambil kursus jangka pendek dalam bidang drama dan teater di sebuah universiti di New York, Amerika Syarikat pada November nanti.



"Sebenarnya, saya hanya sempat mengikuti pengajian satu semester saja di kolej swasta di ibu kota awal tahun ini kerana jurusan Sebaran Am yang dipilih itu rupa-rupanya tidak menepati minat saya. 

"Justeru, saya memutuskan untuk mengambil kursus jangka pendek yang mengambil tempoh tidak sampai setahun di luar negara pada penghujung tahun ini. 

"Sepatutnya, saya ke sana pada Ogos (summer course) tapi ditunda pada November (winter course). Sebenarnya, saya tidak bersendirian ke luar negara kerana turut ditemani abang yang turut sama mengambil kursus jangka pendek di sana nanti. 

"Apa yang penting, saya keluar negara kerana ingin belajar bagaimana erti hidup berdikari di negara orang dan mencari pengalaman baru di sana. Ia selaras dengan hasrat saya menjadi pelakon yang berilmu dan bukan tampil dalam bidang seni dengan dada yang kosong.

"Minat macam mana sekalipun pada bidang lakonan, saya tetap inginkan pelajaran dan lakonan bergerak seiringan," katanya. 

Mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, Ummi kini berdebar menanti reaksi peminat pada lakonannya dalam drama Klon Teja arahan Arab terbitan Tall Order Production untuk saluran Astro yang akan menemui penonton nanti.

"Saya tertarik berlakon dalam cerita superhero ini kerana ia ada kesan CGI yang tidak pernah saya lakonkan sebelum ini.Cerita ini dibintangi Hans Isaac (Hang Tuah) dan Vanidah Imran (Tun Teja).Saya bawa watak utama sebagai Yasmin yang juga dari keturunan Tun Teja," katanya. 


Selain Bade dan Kabir, Ummi juga mengidam untuk bekerja dengan ramai lagi pengarah yang hebat seperti Osman Ali dan Yasmin Ahmad kerana karya mereka menepati jiwanya.

"Saya suka dengan karya mereka dan berhasrat untuk menimba ilmu lakonan dengan mereka pula.

"Setakat ini, saya baru buat satu filem iaitu Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Saya juga tidak kisah buat drama, filem, watak pembantu atau watak kecil sekalipun kerana yang penting ilmu yang saya dapat dari karekter yang diserahkan itu," katanya. 

Ketika dihubungi Rap, Ummi berkata, dia sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod, Kejar arahan Bade Azmi dan terbitan Global Station Sdn Bhd. 

"Ini kali kedua saya bekerja dengan Bade selepas drama bersiri 40 episod Dinasti Bilut. Saya suka bekerja dengan Bade kerana dia membimbing saya untuk menjiwai watak diserahkan dengan baik. 

"Apa yang menarik, saya bawa dua watak berbeza dalam Kejar iaitu pasangan kembar yang terpisah iaitu Nadia dan Dira. Nadia dibesarkan di rumah anak yatim tapi Dira pula dipelihara oleh ibunya yang juga dari kaum orang asli.

"Nadia yang dibela oleh Sofia juga bekerja di pejabat bapa Rizz yang juga anak Rizal dari isteri pertamanya.

"Sebenarnya, watak Nadia ini penting kerana akhirnya dia yang membantu menyelamatkan keluarga Rizal dari musuh mereka," katanya. 

Antara drama lakonan Ummi sebelum ini ialah Ali Din dan memegang watak pembantu dalam drama bersiri Awan Dania untuk Astro. Terbaru, dia juga dapat tawaran berlakon dalam drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia tetapi ia masih belum diputuskan lagi.

"Saya ditawarkan watak pembantu, Siti Sarah yang juga adik kepada Nur Kasih. Jika berjalan seperti direncanakan, saya dijangka berada di lokasi penggambaran pada April nanti," katanya.

Ditanya mengenai hubungan akrabnya dengan pelakon kacak Remy Ishak yang heboh diperkatakan ketika ini, Ummi berkata, dia belum terfikir untuk pergi lebih jauh dalam persahabatan yang terjalin itu.

"Saya belum terfikir soal cinta ataupun berkahjwin lagi. Buat masa ini, fokus saya pada kerjaya lakonan," katanya. 



Profil

* NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin

* TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990

* ASAL: Kuala Lumpur

*STATUS: Bujang 

* KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik

* PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 

* FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie

* DRAMA: Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din,

Awan Dania, Klon Teja dan Kejar



0 Lampu Hijau:

Post a Comment

ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...

 
Web Statistics