February 6, 2009

Raja Lawak Musim ke 3


Gelanggang Raja Lawak Malam ini


Jangan lupa untuk menyaksikan pelbagai aksi lucu dalam Gelanggang Raja Lawak yang akan bersiaran secara langsung dari Studio 1, Bukit Jalil dan juga menerusi Astro Prima (saluran 105) tepat jam 9 malam ini.

Bertepatan dengan kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Perlancongan Malaysia, minggu keenam ini tema Zoom Malaysia telah dipilih sebagai asas kepada lawak jenaka yang akan dipersembahkan oleh semua peserta malam ini. Tugasan minggu ini telah diberikan oleh pelawak tanahair iaitu Sabri Yunus bertempat di Zoo Negara.

Berbeza dengan tema tugasan minggu terdahulu iaitu Tiru Watak Filem, minggu ini sudah semestinya banyak kelainan bakal dipersembahkan oleh para peserta. Walaubagaimanapun, minggu-minggu terdahulu kualiti peserta dikatakan kurang menyerlah disebabkan oleh kelemahan dari segi teknik penyampaian.

Bagaimana pula dengan persembahan mereka malam ini? Sejauh manakah peningkatan yang akan ditonjolkan? Mampukah mereka mencuit hati para pengkritik dan para pengundi?

Untuk mendapatkan jawapannya, jangan lupa saksikan Gelanggang Raja Lawak yang akan disiarkan malam ini jam 9 malam semestinya hanya di Astro Prima (saluran 105) dan jangan lupa untuk mengundi pelawak kegemaran anda!

0 Lampu Hijau:

Post a Comment

ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...

 
Web Statistics