Hadiah lumayan bernilai lebih RM100,000 bakal menanti pemenang utama Augerah Filem Pendek Astro Kirana 2008/2009 yang akan berlangsung di Dewan 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam esok, Jumaat.
Bagi kategori Filem Terbaik, pemenang utama akan mendapat geran atau bajet menghasilkan filem bernilai RM100,000 serta wang tunai RM5,000 dan trofi. Pemenang hadiah kedua pula akan menerima wang tunai RM3,000 dan trofi manakala ketiga, RM2,000 dan trofi.
Seramai 5 juri bertanggungjawab dalam pemilihan pemenang iaitu Gayatri Su-Lin Pillai, Osman Ali, Wong Tuck Cheong, Afdlin Shauki dan James Lee. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan cerita asal, pengarahan, videografi, suntingan, lakonan, seni pengarahan dan juga penataan bunyi.
Sementara itu 10 filem pendek yang layak ke final juga telah diundi oleh orang ramai menerusi laman web www.astro.com.my/astrokirana antara 20 Februari - 26 Februari 2009.
Selain kategori Filem Terbaik, kategori Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Lakonan Terbaik, Videografi Terbaik, Cerita Terbaik, Pengarah Terbaik serta Suntingan Terbaik turut dipertandingkan.
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd, Zainir Aminullah, berkata, pihaknya berbangga kerana jumlah penyertaan lebih memberangsangkan kali ini berbanding tahun lalu.
"Ia membuktikan bahawa ramai bakat-bakat di luar sana yang sentiasa menanti peluang untuk mengetengahkan hasil karya mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
"Kami berharap dengan pendekatan yang diambil oleh Astro selama ini dalam menyokong industri pembikinan filem bagi menjana inspirasi dan membuka ruang kepada para pengarah tempatan untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih kreatif dan inovatif," katanya
Bagi anda di rumah, jangan lupa menyaksikan siaran tertunda acara berprestij ini Sabtu ini, 28 Februari 2009, bermula jam 9 malam menerusi Astro Kirana (Saluran 122). Siaran ulangan adalah pada 1 Mac 2009 jam 3 petang.
SENARAI PENCALONAN ASTRO KIRANA SHORT FILM AWARDS 2008/2009
No | Judul Filem Pendek | Pengarah |
1 | Eyefinger | Margaret Bong |
2 | Mirror | Christopher Low |
3 | Burp | Tayanithi Ramanujem |
4 | Satu | Zulman Zeki Supardi |
5 | Aku | Shuhaimi Zulkefli |
6 | Qalam | Mohd. Shahrezahadi Koh |
7 | Permata Bonda | Fikri Jermadi |
8 | "Odoi Odu" (Oh Grandma) | Farizie Morinding |
9 | Kalsom | Sheikh Munasar Abdullah |
10 | Khilaf | Noor Emelly Mohd Saad |
SENARAI PENCALONAN UNTUK KATEGORI-KATEGORI LAIN
PENATAAN SENI TERBAIK
No | Judul Filem Pendek | Pengarah |
1 | Burp | Tayanithi Ramanujem |
2 | Eyefinger | Margaret Bong |
3 | The Last Supper | Normen J.Arule |
4 | Pauh | Azkee Mohd Yahaya |
5 | Semangat Padi | Fathin Alliza Jamal |
PENATAAN BUNYI TERBAIK
No | Judul Filem Pendek | Pengarah |
1 | Michelle | Sia Yaw Yie |
2 | The Last Supper | Normen J.Arule |
3 | Mirror | Christopher Low |
4 | Eyefinger | Margaret Bong |
5 | Burp | Tayanithi Ramanujem |
LAKONAN TERBAIK
No | Judul Filem Pendek | Pengarah |
1 | Sinkronis | Jaja Kadir |
2 | "Odoi Odu" (Oh Grandma) | Farizie Bin Morinding |
3 | Wintersweet | Rorn Lew Cheen Khung |
4 | Mirror | Christopher Low |
5 | Permata Bonda | Fikri Jermadi |
VIDEOGRAFI TERBAIK
No | Judul Filem Pendek | Pengarah |
1 | The Last Supper | Normen J.Arule |
2 | Burp | Tayanithi Ramanujem |
3 | Eyefinger | Margaret Bong |
4 | Mirror | Christopher Low |
5 | Aku | Shuhaimi Zulkefli |
CERITA TERBAIK
No | Judul Filem Pendek | Pengarah |
1 | "Odoi Odu" (Oh Grandma) | Farizie Morinding |
2 | Mirror | Christopher Low |
3 | Eyefinger | Margaret Bong |
4 | Aku | Shuhaimi Zulkefli |
5 | Qalam | Mohd. Shahrezahadi Koh |
PENGARAHAN TERBAIK
No | Judul Filem Pendek | Pengarah |
1 | Qalam | Mohd. Shahrezahadi Koh |
2 | "Odoi Odu" (Oh Grandma) | Farizie Bin Morinding |
3 | Mirror | Christopher Low |
4 | Eyefinger | Margaret Bong |
5 | Aku | Shuhaimi Zulkefli |
SUNTINGAN TERBAIK
No | Judul Filem Pendek | Pengarah |
1 | Qalam | Mohd. Shahrezahadi Koh |
2 | Amin | Cut Mutia bt. Teuku Iskandar |
3 | Machai | Shanjhey Kumar Perumal |
4 | Burp | Tayanithi Ramanujem |
5 | Mirror | Christopher Low |
Follow @pistonpecah
0 Lampu Hijau:
Post a Comment
ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...