July 13, 2008

Itu memang kekasih saya – Intan Sarafina


NAMPAKNYA selepas menyepikan diri daripada dunia nyanyian, nama Intan Sarafina mula diperkatakan semula apabila dia menyertai program realiti One In A Million (OIAM).

Namun selepas menjadi peserta keempat tersingkir pada minggu kelima, namanya kembali senyap dan tiba-tiba ia hangat kembali dengan kisah-kisah penyebaran gambar-gambarnya bergandingan mesra dengan seorang jejaka tampan bertubuh sasa.

Khabarnya lelaki itu merupakan anak orang berada dan gambar-gambar kemesraan mereka berdua diambil di sebuah pulau peranginan dan kini tersebar luas di Internet.

more...

Tanpa cuba mengelak diri, Intan Sarafina berterus terang mengakui bahawa lelaki kacak dan tinggi lampai yang bergambar mesra dengannya itu sebagai teman lelakinya sewaktu dihubungi petang Rabu lalu.

“Ya! Betul, saya berkawan dengannya. Itu kekasih saya. Saya telah mengenalinya setahun lebih tetapi hanya beberapa bulan kebelakangan ini baru menjalinkan hubungan,” demikian ungkap Intan Sarafina di hujung talian.

Pun begitu, Intan Sarafina memohon agar nama penuh buah hatinya itu tidak ditulis dengan alasan demi menjaga perhubungan masing-masing.

Apalagi, kata Intan Sarafina, teman lelakinya itu tidak mahu publisiti mengenai hubungan mereka digembar gemburkan. “Cukuplah mengenali dirinya sebagai I sahaja,” kata Intan Sarafina sambil ketawa kecil memperkenalkan kekasihnya yang berkulit putih dan berkening lebat itu.

“Dia tak biasa dan tak berapa sukakan publisiti,” tambah Intan Sarafina yang satu ketika dahulu popular dengan lagu Duhai Malam.

Penyanyi manis bermata kuyu itu mengakui mengenali I melalui teman-teman dan menyenangi lelaki tersebut bukan sahaja kerana orangnya yang baik hati tetapi juga kerana seorang yang amat memahami.

“Berkawan dengannya menyenangkan. Kami serasi dan saya selesa dengannya,” kata Intan Sarafina lagi tanpa mahu mengulas panjang mengenai diri I, 32 yang lima tahun lebih tua daripadanya itu.

Pun begitu Intan mengakui bahawa kekasih hatinya itu bekerja di bahagian pemasaran di sebuah syarikat di ibu kota. Difahamkan kedua-dua mereka juga sudah bertemu keluarga masing-masing namun Intan Sarafina menegaskan mereka masih belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

“Soal tunang mahupun kahwin saya tak boleh cakap sekarang. Masih belum tahu lagi. Apa yang pasti, jika ada jodoh, semuanya pasti berlaku.

“Bukannya apa, takut nanti kalau bercerita banyak sangat, tak jadi pula. Itu pun tak elok. Biarlah sampai masa yang sesuai dan semuanya menjadi, barulah nak bercerita.

“Apa pun, kita meminta yang baik-baik sahaja. Sampai masa saya akan umumkan. Saya tentu tidak akan menyembunyikannya dan pasti akan menguar-uarkan hari bahagia saya,” tegas Intan Sarafina.

Memberitahu pada awal perkenalan mereka, I tidak mengetahui status dirinya sebagai artis tetapi apabila telah mengetahuinya, kekasih hatinya itu sudah bersedia menghadapi perkara sebegini.

“Memang masa gambar-gambar itu keluar dia terperanjat juga. Kerana tak sangka ia akan disebarkan. Tapi tak mengapalah. Saya sendiri pun sudah menjangkakan perkara itu.

“Lagipun saya dan I bukannya nak sorok apa-apa mengenai hubungan kami. Sebab memang kami berkawan pun,” kata Intan Sarafina yang mengakui bahawa gambar-

gambar itu diambil sewaktu mereka bercuti ke Pulau Phuket tidak berapa lama dulu.

Menurut Intan Sarafina, I juga tidak marah apabila gambar mereka tersebar kerana menyedari hakikat bahawa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang artis.

“Benda-benda begini tak boleh nak lari dan perlu dihadapi. Cuma mungkin kerana dia tak biasa. Tapi dia juga tidak marah,” ujar anak kelahiran Muar yang bernama penuh Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya itu lagi.

Menjelaskan mengenai perkembangan dirinya kini, kata Intan Sarafina, buat masa ini dia berdebar-debar menanti reaksi khalayak terhadap dirinya.

Bukan kerana kekalutan kisah cintanya yang digembar gemburkan sebaliknya respons daripada peminat terhadap kemunculannya dalam bidang lakonan.

Drama sulungnya, Suara Hati yang diarahkan oleh Faizal Ishak bakal ditayangkan di Astro tidak lama lagi dan ia merupakan langkah awal Intan Sarafina dalam bidang ini.

“Saya dapat tawaran itu ketika di OIAM. Tidak saya nafikan, pembabitan saya dalam program OIAM banyak membuka ruang baru kepada saya,” jelas Intan Sarafina.

Mengakui pada awalnya tidak berkeyakinan untuk berlakon namun Faizal optimis terhadap bakatnya malah telah menyediakan watak sesuai untuk Intan Sarafina.

“Mulanya saya ragu-ragu juga nak berlakon. Iyalah, bukannya saya biasa beraksi depan kamera. Tapi akhirnya, saya akui ia satu pengalaman yang menyeronokkan,” ujar penyanyi itu.

Ditanya mengenai bidang nyanyian, Intan Sarafina mengakui amat merindui untuk melahirkan album baru. Kali terakhir muncul dengan album adalah pada 2002 menerusi album Intan Sarafina 2 yang menampilkan lagu popularnya, Duhai Malam.

Penyanyi itu menghasilkan album debutnya pada 2000 menerusi album Kembali dan kini dia mengakui begitu mengimpikan album baru.

Pun begitu, ia memerlukan perancangan rapi namun Intan Sarafina tetap optimis dengan melahirkan lagu baru terlebih dahulu.

Masih dalam perbincangan, kata Intan, sekurang-kurangnya lagu single itu nanti akan membolehkannya kembali menyemarakkan dunia nyanyiannya dan mengembalikan ingatan khalayak terhadap dirinya.

www.utusan.com.my

0 Lampu Hijau:

Post a Comment

ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...

 
Web Statistics