July 23, 2008

Photobucket


Filem:
Hellboy II: The Golden Army

Dibintangi oleh:
Ron Perlman, Selma Blair, Luke Goss, Doug Jones, Anna Walton dan John Hurt.

Genre:
Aksi, Fantasi

Ulasan:
Macam mana anak iblis boleh jadi baik, saya tak pun tak tahu. Tapi itulah hakikatnya. Hellboy, si ‘superhero’ penyelamat dunia, kini kembali untuk membawa kemusnahan kepada mana-mana makhluk bedebah yang mengancam dunia manusia.

Berkhidmat untuk badan yang menangani misteri-misteri alam maya dan fenomena paranormal, Bureau for ‘Paranormal Research and Defense’ (BPRD), Hellboy (Perlman) berdepan dengan musuh yang mungkin paling dahsyat setakat ini iaitu putera diraja bunian, Prince Nuada, yang gagah, berang dan mahu mengisytiharkan perang ke atas kaum manusia dengan membangunkan semula The Golden Army yang tiada lawannya di sekalian alam. Akan tetapi, Nuada tidaklah sedurjana yang dibayangkan – dia sebenarnya mempunyai niat yang terbaik untuk rakyatnya.













BPRD organisasi rahsia yang kini telah didedahkan (dibongkarkan?) gara-gara Hellboy sendiri, kerana jika kita ingat daripada filem pertama dia ni memang selamba dan tak ambil peduli – barangkali antara ‘superhero’ paling rilek dan tak ambil pusing di dunia selain Wolverine. Hellboy pada hakikatnya tak heran dan tidaklah sebangga manapun dengan kuasanya sendiri.

Ya, Hellboy masih tak bertanduk cuma ceritanya kali ni si Hellboy (ataupun “Red”, seperti yang digelar rakan-rakan BPRD-nya) bakal jadi ayah, hasil hubungan bersama awek berapi bernama Liz Sherman atau “Sparky” (Blair), yang memiliki kuasa mengawal api. Hubungan mereka bertambah rumit apabila Liz semakin meluat dengan cara hidup Hellboy yang cuma tahu minum bir, tidak pernah mengemas dan memanjakan kucing-kucing kesayangannya.

Seorang lagi anggota BPRD, Abe Sapien atau “Blue” (Jones) juga bercinta, tetapi dengan adik perempuan kembar Prince Nuada iaitu Princess Nuala (Walton), yang mahu menghalang abangnya daripada membinasakan Bumi.













Ada watak baru yang kaku, lurus bendul dan skema menyertai pasukan elit BPRD – Johann Krauss, seorang ahli mistik Jerman yang tidak berjasad sebaliknya diperbuat dari gas (dilakonkan oleh John Alexander dan James Dodd, disuarakan oleh Seth McFarlane, pencipta dan suara utama kartun ‘Family Guy’). Kehadiran anggota baru yang skema ini mengganggu hidup Hellboy dan menjadi bahan lawak untuk penonton.

Kesimpulannya?

Sebagai pengarah fantasi di sebalik ‘Pan’s Labyrinth’, Guillermo del Toro berjaya meningkatkan lagi aksi, alam sekeliling dan juga “aura” peribadi enigma Hellboy ini yang cukup kompleks sebenarnya. Dia dihantar ke Bumi untuk membawa kemusnahan – kenapa pulak dia sanggup jadi penyelamat sesuatu umat yang tidak menerimanya di dunia mereka? Benda ini masih tergantung dan menjadi tanda tanya.

Dalam sekuel ini, apa yang ‘best’-nya adalah inti ceritanya yang cukup ‘detail’ dan membuatkan kita tak sabar menunggu penyudahnya di filem yang ketiga. Moral ‘Hellboy: The Golden Army’ juga boleh pakai. Barangkali, berbaloi sangat ke kita mahu puaskan hati semua orang dan menjadi sama sahaja seperti mereka? Kali ini dapat tengok Red memikir dua kali di depan cermin apabila mahu membuat rutin “mencukur” tanduknya yang brutal itu ...













Apa lagi ya? Oh, cinta di antara Hellboy dan Liz yang kini ‘steady’ melonjak ke tahap seterusnya dengan berita kehamilan Liz. Anak mereka sudah pasti menjadi tumpuan di dalam sekuel ketiga nanti apabila Hellboy sudah tentu akan didepankan dengan soalan-soalan muktamad oleh watak seram, Angel of Death, yang sentiasa memperhati dan menunggu keputusannya. Kepentingan sendiri ataupun umat manusia? Baik atau jahat? Kematian atau akhir zaman?

Menurut jalan cerita ini, pasti ada sekuel ketiga, dan kita tersenyum melihat rekaan hebat penulis komik Mike Mignola ini diberi layanan yang adil dan tepat oleh Hollywood. Apa-apapun anda tetap akan sokong Hellboy kerana dia tidak langsung memenuhi diri dan fungsinya yang sebenar – sebagai Pembawa Hari Kiamat. Dahlah baik, penyelamat dunia, suka kucing pulak tu. Boleh tahan anak setan ni! Memang patut dianugerahkan trilogi.


*credit to www.gua.com.my


1 Lampu Hijau:

Dr. Nur said...

Cite ni mmg best!

Post a Comment

ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...

 
Web Statistics