December 2, 2014

Perlindungan , Perhubungan & Juga Perancangan Masa Depan.




Salam sejahtera,

Mahu berkongsi mengenai perancangan yang telah lama dibuat, selepas sahaja beberapa tahun bekerja baru kali ini benar-benar terasa akan perlunya melaburkan sedikit untuk perlindungan dikala tak terduga. Memang benar, sudah ada disediakan caruman setiap bulan oleh majikan tetapi rasanya perlu ada satu akaun pelaburan yang mana tidak akan terusik jika tidak berlaku apa-apa, inshaALLAH.

Kadangkala, terleka kerana asyik berbelanja. Hutang sana & sini, realiti hidup zaman sekarang perlu untuk berhutang kerana ianya adalah sesuatu keperluan seharian ataupon boleh mengurangkan penggunaan masa dan tenaga... ( fikir-fikirkan lah apakah ia). Dari segala yang kita buat ini, tak terlintas bahawa perlunya satu akaun khas untuk pelaburan berkaitan dengan kos perubatan. Sakit itu pasti ada, cuma masa sahaja, kita tidak tahu. 

Sudah ada kesedaran sekarang? Masih belum terlambat, pakej untuk bayaran juga tidaklah membebankan, lebih untung jika mulakan dari sekarang. 

Antara perlindungan yang diberikan dari segi kos perubatan dan lain-lain :







Credit :i-great website

Untuk info lebih lanjut, boleh terus menghubungi Ms Hanna untuk berbincang mengenai pelan-pelan insurans takaful yang disediakan. InsyaALLAH segala persoalan anda akan mampu diberikan jawapan.


P/s : Tak mampu tulis berkaitan "perhubungan", susah nak menjadi. Fokus apa yang ada sekarang... insyaALLAH jika Dia jodohku, takkan ke mana. Amin.....
[Sambung Baca...Disini]

November 13, 2014

Filem Berkaitan 10 Tempat Paling Seram Di Dunia, Villa Nabila di Pawagam 15 Januari 2015

Bila disebut sahaja namanya, pasti ada sahaja cerita berkaitan dengannya keluar dari mulut sesiapa sahaja. Tidak kira bangsa, kebanyakkan sudah tahu akan perihal "Villa Nabila" terutamanya bagi mereka-mereka yang dilahirkan dan menetap lama di Johor bahru, (JDT). Pelbagai cerita boleh dikongsikan, pelbagai jalan-jalan cerita akan dibongkarkan cuma tidak diketahui akan kesahihan atau ia sekadar bual kosong sahaja.

Nama tempat ini mula diperkatakan pada tahun lepas apabila digemparkan dengan kes kehilangan beberapa remaja. Dengan berlakunya hal sebegini, pelbagai pihak mula mahu merungkai misteri yang mungkin ada disebalik tempat ini. Awal tahun depan, 15 Januari 2015 bakal diterbitkan filem berkaitan tempat misteri ini arahan Produser Syafiq Yusof (anak kepada produser terkenal Yusof Haslam.) Terbitan bersama Skop production & Viper Studios. Pelakon Utama , Pekin Ibrahim & Tisya Syamsir



Apakah yang akan dirungkai dalam Filem ini nanti? Adakah sesuatu yang menarik minat kita untuk berfikir disebalik mister tempat ini atau menambahkan lagi cerita seram disebaliknya? Apa pon filem yang diterbitkan lebih-lebih lagi berkaitan dengan tempat-tempat yang sudah heboh dikatakan misterinya, adalah lebih baik jika tidak ditambahkan lagi akan rasa seram terhadapnya malah lebih baik jika dirungkai misterinya dengan cara yang lebih baik, cara dimana kita berfikir akan setiap perkara itu adalah izin daripadaNYA supaya kita lebih ingat padaNYA bukan apabila di dalam kesusahan sahaja tetapi lebih baik setiap masa mengingatiNYA.






[Sambung Baca...Disini]

November 10, 2014

[8share] 6 Cara Mengubah Cara Pemakaian Anda Mengikut Artis-Artis Korea , K-Pop.





Pertama Sekali, anda perlu kelihatan seperti Artis-artis korea ini, dari segi  fesyen pakaian dan juga memilih warna-warna yang terang. Ini tips untuk kaum wanita, bagi kaum lelaki, laburkan sedikit duit anda untuk membeli jaket-jaket 'fit'.




Kedua, stail rambut mengikut Artis K-pop, jangan lupa membawa bersama gambar Artis kegemaran anda ketika hendak meniru stail rambut mereka. Tukang gunting rambut terhebat akan tahu gaya-gaya tersebut.



Ketiga, dengarkan lagu-lagu terbaru dari Artis K-pop, kebanyakkan lagu-lagu ini disertakan dengan rentak muzik yang rancak dan gerak 'dance' atau tarian yang hebat / menarik mata untuk melihatnya.

Keempat , menonton Video Muzik K-pop sambil duduk adalah sesuatu yang tidak sihat, ayuh lihat sambil ikut gerak 'dance' atau tarian seperti yang mereka buat.




Kelima , belajar bahasa Korea. Perkataan mudah seperti "an - yong - ha - se -yo" (bermaksud hai / hello)

Keenam , belajar untuk mengetahui resepi / menu masakan korea ( yang halal) , dimana mereka amat meminati mee & daging (lembu). Contoh : Maggi Korean Spicy Beef.




How To Turn Yourself From A Malaysian To A K-Popster In 6 Simple Steps , Langkah - langkah seterusnya....


P/s : Dalam sibuk mengejar minat seperti ini, jangalah lupe asal usul dan juga apa yang dilarang dan apa yang sebenarnya disuruh. Sekadar minat, bukan ke tahap terlalu asyik dan lupa apa yang sebenarnya lebih penting.
[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics