Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

September 4, 2009

Puasa Si Miskin...Tiada Kaitan antara hidup dan mati

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering
terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu
hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu
ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka
lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang
berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
*"Mak pergi menoreh," jawabnya.
*"Mana bapak?"
*"Bapak pergi kerja..."
*"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
 dalam lingkungan umur 5 bulan.
*"Adik ini sayalah yang jaga."* Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
*"Sepuluh." *

"Adik ni yang ke berapa?"
*"Saya yang kelapan."
*"Mana abang-abang kamu pergi?"
*"Tolong emak menoreh." *
"Adik puasa hari ini?"
*"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."*
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
*"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
*"Bapak kerja apa?"
*"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". *

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain
 kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di
simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo
tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo
beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri
barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si
kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya
korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali
lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat
aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari
itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang
aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka
sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

*"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
*
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh
tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama
dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak
membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang
itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang
dia lakukan setiap hari. Dia berkata

*"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari
cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
*Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
*"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
*
*Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang
hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging
yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah
terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih
ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.*
[Sambung Baca...Disini]

August 19, 2009

Ramadan..bulan penuh keberkatan

Amalan di Bulan Ramadan......

*JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN* 

*4.00 pagi* - Bangun 

Berdoa kepada ALLAH dengan doa : 

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku 
dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan 
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil 
wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian. 


*4.20 pagi* - *Solat Sunat Taubat* 

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua 
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah 
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. 

*Solat Sunat Tahajjud* 

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua 
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah 
tangan berdoa kepada ALLAH. 

*Solat Sunat Hajat* 

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas 
Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir 
baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. 

*Solat Sunat Witir* 

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan 
berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, 
merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima 
amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita. 

*5.00 pagi** - Makan Sahur* 

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut. 

*5.30 pagi* - *Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau 
berselawat*. 

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian 
di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari. 

*7.00 pagi* - *Membuat persiapan ke tempat kerja*. 

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar 
semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW 
sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. 
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan 
rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan 
yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat. 

*10.00 pagi* - *Sembahyang Sunat Dhuha* 

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. 

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi 
masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan 
sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. 

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, 
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim 
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja. 

*12.45 tgh* - *Bersiap untuk solat Zohor*. 

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. 
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai 
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi 
kita nikmat besar dapat menyembahNYA. 

*4.15 ptg* - *Bersedia untuk solat Asar*. 

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud 
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima 
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA. 

*5.30 ptg* - *Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur*. 

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih 
ada dlm diri kita !!! 

*6.30 ptg* - *Memperbanyakkan doa sebelum berbuka*. 

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah 
SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", 
merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. 

Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka : 

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan 
dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis 
seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib 
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat. 

*8.00 mlm* - *Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih*. 

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana 
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya 
baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain 
menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali 
sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam 
sehari (60 kali sebulan Ramadhan). 

*11.00 mlm** - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.* 

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok 
untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH 
Taala. ( JANGAN LUPA!!!) 

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : 

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg 
sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.


[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics