Showing posts with label balak. Show all posts
Showing posts with label balak. Show all posts

October 28, 2009

12 cara korang dah kene "angau".....




12 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...

-Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.
 
-Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.
-Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.
-Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...
-Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.
-Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.
-Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.
-Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.
-Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.




 
[Sambung Baca...Disini]

October 27, 2009

Ciri-Ciri Pilihan


Pilihan si dia ikut sedap mata atau kemampuan intelek

 
SIAPA tidak mahu kekasih cantik jelita atau kacak bergaya. Sudah menjadi lumrah alam, si cantik dan menarik itulah yang mudah mendapat perhatian.

Namun, baik lelaki atau wanita, kecantikan cukup subjektif untuk ditafsirkan. Individu yang dilihat cantik, belum tentu sempurna sifatnya atau mampu menjanjikan kebahagian abadi.



Andai lelaki mengimpikan wanita yang memiliki paras rupa cantik dan tubuh menggiurkan, wanita juga pasti mahukan elemen sama dari seorang jejaka.

Apapun alasannya, setiap orang ada sebab tersendiri untuk membuat keputusan. Apakah pilihan hati anda bersandarkan paras rupa atau lebih menjurus kepada aspek pendidikan, latar belakang pekerjaan dan personaliti diri?
[Sambung Baca...Disini]

October 26, 2009

Cinta Ibarat air

MUDAHKAH anda membuka pintu hati kepada seseorang, tetapi teramat sukar untuk menutup kembali pintu hati kepadanya?

Tidak dinafikan apabila perasaan cinta sudah bermukim di hati, anda terasa betapa indahnya dunia.
Lebih indah lagi apabila segalanya terbuai kerana mencintai seseorang yang anda amat suka walaupun dia tidak membalasnya.

Namun, pengalaman pernah menyayangi seseorang, tetapi akhirnya dilukai membuatkan bencinya hati apabila hendak menerima kehadiran orang baru.

Begitu juga sebaliknya, seseorang yang begitu menyintaimu, tetapi anda tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah, perasaannya sama seperti perasaan anda - ingin mencintai walaupun tidak dicintai.

Hormati perasaannya, tetapi usah berikan harapan kerana terpaksa dalam cinta adalah suatu kepalsuan. Akhirnya yang merana diri anda sendiri.

Cinta ibarat air. Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup anda terumbang-ambing.

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara.

Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah. Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Lalu jenis air mana yang anda inginkan?

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.

Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Jika anda sudah melengkapi diri untuk membina kekuatan dalam fasa perhubungan yang baru, cubalah petua berikut. Mana tahu cinta yang baru bakal memenuhi dan menyinari kekosongan jiwa, memberi kehangatan kebahagiaan buat anda selamanya.


Antara petuanya:

-Apabila si dia sibuk, jangan pula anda terlalu merengek-rengek meminta si dia menjemput anda di tempat kerja ataupun menemani anda ke mana jua sedangkan anda sudah tahu rutin kerjayanya.

-Sekiranya si dia terlalu ego, jangan sesekali mempersoalkan keegoannya apabila sikap sedemikian sedang menguasai dirinya.

-Baik lelaki atau perempuan, adakalanya mereka begitu ego dan sukar mengakui sesuatu walaupun memang jelas dia yang bersalah. Mungkin dia lebih tegas, tetapi anda sukar menafsirkan sikapnya.

-Jika si dia romantik, ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa menyelitkan perancangan untuk masa depan bersama.

-Apabila si dia panas baran, jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi rasa marahnya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda dan selepas itu barulah berbincang apa yang sepatutnya.

-Jika si dia penat, jangan mengadu perkara ataupun bercerita perkara remeh-temeh. Dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan bahkan berasa bosan melayani kerenah anda yang bersifat keanak-anakan.

-Sekiranya si dia terlalu mementingkan diri sendiri, cuba berterus-terang dan luahkan rasa tidak puas hati anda mengenai sikapnya itu. Anda sepatutnya bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat anda juga.

-Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain kerana persefahaman amat penting dalam menjalin perhubungan antara lelaki dengan perempuan.

-Apabila si dia mengongkong dan anda pula memberontak, pasti akan dimarahinya kerana terdorong atas rasa yang tidak menyenangkan itu.

-Tetapi kalau anda menurut saja katanya, takut menjejaskan diri sendiri sehingga akan meletus sesuatu yang tidak diingini apabila timbul rasa tidak puas hati di kemudian hari.

-Untuk itu, anda perlu berkata sesuatu kepadanya untuk membiarkan anda membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan anda berdua.

-Apabila si dia selamba, cuba tarik perhatian si dia. Contohnya lakukan sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang mulakan dulu. Oleh itu, rancang sesuatu untuk menarik perhatiannya.

-Sekiranya si dia curang, jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya padanya tujuan dia bersikap begitu. Tetapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah anda sendiri yang berundur dulu sebelum hati semakin parah lukanya.

-Jika si dia lurus bendul, memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak-tanduknya.


Anda patut menjadi perangsang kepadanya dan mengatakan yang dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa terlalu mengharapkan orang lain.



  [Sambung Baca...Disini]

Senyuman Untuk Si Gadis

SESEKALI melihat pasangan bergandingan seiringan, terdetik rasa iri juga keinginan untuk disayangi seperti mana pasangan lain.

Apatah lagi ketika dilanda kesunyian yang panjang, alangkah indah jika saat itu terisi dengan kehadiran si dia buat pengubat hati lara.

Berjalan di tepian pantai, menonton wayang atau melakukan riadah bersama tentunya begitu indah.

Namun mungkin bagi segelintir lelaki, tidak semudah itu mendapatkan teman wanita sehati sejiwa apatah lagi jika lebih dikuasai rasa malu untuk memulakan perhubungan.



Jika terasa janggal untuk mendekati si gadis pujaan hati apatah lagi membuka mulut untuk mengajaknya keluar, petua berikut mungkin boleh membantu anda mencari teman hidup dan seterusnya melayari mahligai bahagia:

-Sebagai lelaki, anda perlu mulakan langkah pertama biarpun ada yang mengatakan si gadis juga boleh membuka mulut untuk menyatakan segalanya.

-Beranikan diri bergaul dan berkenalan dengan ramai gadis sebelum membuat pilihan.

-Anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan mengawasi gerak-gerinya, tetapi jangan sampai mengekorinya sehingga ke hadapan rumah!

-Apabila bertemu gadis yang diminati, lakukan sedikit ‘penyiasatan.’ Selidik latar belakangnya sama ada dia sesuai atau tidak, keluarganya dan paling penting, sama ada dia berpunya.

-Caranya, anda boleh bertanya kepada rakan gadis berkenaan untuk mencari fakta yang betul mengenainya.

-Jika sudah bertemu dengan bakal teman wanita, perlu diingat anda tidak akan dapat mendekati gadis impian melainkan anda menegurnya.

-Sebagai langkah awal untuk mendekatinya, mulakan dengan senyuman. Bagaimanapun, anda tidak digalakkan merenung gadis itu terlalu lama kerana dia mungkin berprasangka negatif.

-Anda hanya perlu berlagak biasa, jangan cuba berlagak macho atau seksi kerana ia boleh membuatkan gadis itu meluat. Berlagak biasa, tetapi berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk agar tidak menyinggung perasaannya.

-Atur temu janji seperti makan malam atau menonton wayang. Namun, lebih baik bertanya si gadis ke mana dia ingin pergi agar lebih selesa.

-Apabila anda berdua sudah semakin selesa dan serasi, inilah masanya untuk berterus terang.



[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics