Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

August 22, 2010

10 Koleksi Terbaik SMS Raya


1.Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

2.Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya AidilFitri

3.Tesalah kata ku ucap sorry, tersalah laku jgn dimaki, Hendak ku ucap salam aidil fitri, rupanya baru Depavali....!! Vanikkam Vasantham Central Am'maa...

4.Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

5.Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

6.Blm Ramadhan mnjelang kini, Sdhlh tiba masa dnanti, Syaitan & Iblis sdh dgari, Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

7.Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

8.Ada ketikanya... MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH terlanjur berkata, FIKIRAN khilaf menafsir, & HATI silap menduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aidil Fitri.

9.Kini senja mula tiba, tanda alam jadi gelap, tiba waktu berbuka puasa, jgn lupa pelawalah saya, SLMT BRBUKA PUASA

10.I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH & WEALTH today.
They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they
arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.

11.Askum, sebarkn kpd shbt muslim akan hal ini. Tlh dmaklumkn melalui internet bahawa: AIR SIRAP adalah berdosa diminum!!! ..Di siang hari Ramadhan... SELAMAT BERPUASA

12.SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS See how nice i am, i'm sending U so many SMS!!!

13.Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye...!

14.Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye...!

15.Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa "Selamat Hari Raya" Kalau tak puasa sambutlah "Depavali" "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"

16.RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA... Bukan picit-picit henpon!

17.Biarpun beribu rintangan yang akan hadir, aku redha. Jiwaku terlalu rindu padamu. Tak sabar menanti kehadiranmu. Selamat datang Ramadhan, jangan tak pose tau!


P/s : 1st time kerja,dapat cuti raya 1st dan 2nd...Alhamdulillah...Jom-jom,semarakkan mood raya...!

[Sambung Baca...Disini]

September 17, 2009

Duit raye unutk korang...



Setahun berlalu menjelma sudah,
Hari yang dinanti hari yang diberkati,
Ditujukan khas untukmu sebuah warkah,
Menyampaikan salam kerinduan di Aidilfitri.


Hari Raya hari mulia,
Maaf dipinta sesama kita,
Hubungan erat tercipta akhirnya,
Tanda kita bersyukur pada-Nya


andai ada
terkasar bahasa
tersilap bicara
tersinggung rasa
ampun dan maaf jua dipinta
kita sekadar manusia biasa
tak terlepas dari salah dan dosa



andai tangan tak kuasa berjabat
setidaknya kata masih dapat diucap
tulus hati memohon maaf
atas segala dosa dan khilaf


Salam Aidilfitri buat semua
Pada Syawal, bulan yang mulia
Semoga diri kekal bahagia
Bersama kita meraikannya


Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Meriah berkumpul di pagi hari
Tangan menyusun sepuluh jari
Ambil kesempatan sesama famili


Awal Syawal rai kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan
Selamat Menyambut Hari Lebaran

Takbir bergema di hening pagi
Memohon keampunan kehadrat Ilahi
Kini Syawal menjelma lagi
Ku hulur ucapan Salam Aidilfitri


MAAF ZAHIR & BATIN…
Dari hujung jari
Ke hujung kaki
Melingkar hingga ke dalam hati
Lalu menjulur ke sanubari


Sambut raya menghias rumah
Kuih tersedia bermacam warna
Harap diampunkan silap dan salah
Di hari mulia kita ceria


Selamat datang ke daerah lebaran
Kita simpul makna persaudaraan
Di peta kemanusia yang tak kenal darjat kedudukan
Disisi-Nya kita tak terbandingkan
Pada hari penuh kemuliaan
Terhulur salam persaudaraan
Yang tak terbezakan
Salam lebaran



Menganyam ketupat di bulan Ramadhan
Buat persiapan di hari raya
Saya ingin memohon keampunan
Salah dan silap harap dimaafkan


Ramadhan menghilang, Syawal menjelma
Ketupat dan rendang tidak dilupa
Selamat hari raya diucapkan kepada semua
Di hari mulia, ampun dan maaf jua dipinta


[Kredit: hidayat(dot)com]

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics