Showing posts with label Raja Lawak Musim Ke-3. Show all posts
Showing posts with label Raja Lawak Musim Ke-3. Show all posts

February 15, 2009

Tiada Penyingkiran, Sepah Kian Menyerlah

Join My Community at MyBloglog!

Gelanggang Raja Lawak 3 minggu ke-7 mengulangi keputusan sama seperti minggu pertama dulu apabila tiada penyingkiran berlaku, sekaligus bermakna 2 peserta bakal tersingkir pada minggu depan.



Bagaimanapun, minggu yang bertemakan Muzikal Komedi ini meriah dengan peserta dicabar untuk menyanyi sambil membuat penonton ketawa. Di samping itu, kumpulan yang semakin menyerlah, Sepah, terus memberikan persembahan yang memukau denga lawak bermesej.


"Selepas tamat raja lawak nanti, kalau anda ada show, saya akan menjadi orang pertama yang membeli tiket persembahan anda. Penyampai anda memang jelas dan chemistry Sepah memang paling ngam," kata Zaibo selaku juri tetap program itu.

Mengulas lanjut mengenai persembahan pada malam tadi, Sepah yang dianggotai oleh Shahmira Muhammad, Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Mohd Noor Murad, bersyukur dan bergembira.



"Pujian dari Zaibo begitu menaikkan semangat kami. Alhadulillah, apa yang kami rancang telah menjadi malam ini. Syukur sangat-sangat," kata Jep mewakili Sepah.


Dalam pada itu, 3 peserta yang berada di tangga terbawah pada minggu ini ialah Am, kumpulan Chot dan LNJ. Keputusan malam tadi diumumkan oleh juri tetap, Fauziah Nawi sambil menyanyi lagu bernada hampa. 


Sementara itu, teruskan mengundi peserta pilihan anda secara SMS. Sila taip LAWAK atau LAWAK <3/5/10> untuk undian secara pukal 3;5 atau 10 ke 32999. Bagi undian ke talian tetap pula, undian boleh dibuat dengan mendail 13701/13703/13705/13710 untuk undian pukal 1;3;5 atau 10 undian dan ikut arahan yang disertakan.

Join My Community at MyBloglog!

[Sambung Baca...Disini]

February 11, 2009

Jihan RL3 Pernah Jadi Juruteknik

Join My Community at MyBloglog!

Sekali lagi, persembahan Nuur Jihan Musa, 25 atau Jihan, dipuji oleh barisan juri tetap dan juri jemputan ketika siaran langsung minggu keenam Gelanggang Raja Lawak 3, Jumaat lalu.


Bertemakan Zoom Malaysia atau Cuti-cuti Malaysia, Jihan berjaya menggelitik hati penonton di Studio 1, Astro dengan jenakanya sebagai pramugari yang berhadapan dengan kerenah seorang pakcik.

Meskipun jenakanya paling lucu, entah di mana silapnya, nama Jihan masih tersenarai pada kedudukan 3 tercorot kerana undian SMS tidak menyebelahinya.

Namun, ketika bercakap kepada portal murai.com.my, Jihan nyata tidak pernah ambil pusing dengan situasi berkenaan, apatah lagi untuk menganggapnya sebagai tekanan bersifat peribadi.

"Kalau orang di rumah tidak minat dengan kita, apa saya boleh buat. Malah saya juga difahamkan, kebanyakan pengundi untuk rancangan sebegini adalah perempuan atau mungkin juga orang tidak berkenan dengan pelawak perempuan.

"Tapi saya tidak peduli itu semua kerana bagi saya, apabila masuk Raja Lawak, saya kena buat persembahan terbaik. Soal menang atau kalau itu rezeki masing-masing. Malah impian untuk bergelar juara langsung tidak ada dalam hati saya," kata Jihan sambil tersenyum.

Namun itu juga tidak bermaksud, Jihan ralat kerana telah melepaskan kerjaya lalunya sebagai juruteknik dan pelakon teater demi menyertai Raja Lawak 3

"Memang saya pernah bekerja sebagai juruteknik bangunan di Bahagian Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam, sebelum ini. Bagaimanapun pada masa yang sama, saya juga berminat dengan pementasan teater yang telah saya sertai selama 3 tahun lamanya. Tapi, pada awalnya saya lebih tertarik menjadi penari," katanya.

Namun menurut Jihan, selepas menghadiri uji bakat di Kaki Seni yang menawarkan pakej tarian, teater, nyanyian dan lakonan, lama kelamaan minatnya cenderung ke pementasan teater sehingga hari ini. 

Jelas Jihan, antara teater yang pernah disertainya ialah Lorong Blues, KL Ku serta beberapa persembahan monolog solo bertajuk Pukul Jangan Tak Pukul dan Tukang Sapu.

Kata Jihan banyak petua yang diamalkan ketika menyertai Raja Lawak 3 daripada pengalamannya bergelar pelakon teater terutama dari sudut penjiwaan watak serta cara bagaimana untuk menarik perhatian penonton.

Join My Community at MyBloglog!

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics