Showing posts with label Raja Lawak Musim 3. Show all posts
Showing posts with label Raja Lawak Musim 3. Show all posts

February 28, 2009

Raja Lawak Ke Stage Final


Kumpulan Sepah, Jihan dan Amir berjaya mara ke final Raja Lawak 3 pada 6 Mac depan apabila kumpulan LNJ (gambar atas) tewas pada peringkat separuh akhir yang ke udara secara langsung menerusi saluran Astro Prima, sebentar tadi.


Pengumuman keputusan ini dibuat oleh juri tetap, Fauziah Nawi dan Zaibo yang mengadili pertandingan itu bersama juri undangan, Radhi Khalid tanpa juri yang sinonim dengan Mantop iaitu Shamsul Ghau Ghau.


Sekali pun kecundang, LNJ tetap memberikan persembahan yang menghiburkan dan sebelum mengundur diri, Zaibo meminta semua hadirin memberikan tepukan hormat berdiri kepada kedua-dua anggota LNJ.

Minggu ini keempat-empat peserta dikehendaki membuat persembahan bertemakan Cinta selain membuat jenaka dengan sejenis benda yang diberikan kepada setiap mereka pada segmen kedua beberapa jam sebelum persembahan.



Turut hadir menyaksikan Gelanggang Raja Lawak 3 bagi minggu ke-9 tadi ialah Lisdawati, Fauzi Nawawi, Leeya AF4 bersama tunang, Fida Pantene serta penyanyi terkenal, Uji Rashid.


Pujian banyak diberikan oleh juri kepada Sepah dan Jihan manakala Amir dikritik tidak menunjukkan banyak peningkatan. Persembahan Amir juga masih tersekat-sekat dan dia diminta oleh Zaibo untuk menghargai undian SMS peminat yang masih lagi berpihak kepadanya.


Sementara itu, anda dijemput menyertai pertandingan menamakan acara karpet merah final Raja Lawak 3 yang akan berlangsung di Dewan Sivik, Petaling Jaya minggu depan. Ia anjuran murai.com.my untuk mereka yang mendaftar sebagai GengMurai.


Jangan lepaskan peluang ini kerana pasangan yang bertuah akan memenangi undangan VIP ke final Raja Lawak 3 dan berpeluang bermesra dengan artis dan peserta musim ini. Teruskan mengundi!

[Sambung Baca...Disini]

February 21, 2009

Am, Chot Akhirnya Ucap Selamat Tinggal

Selepas terselamat tanpa sebarang penyingkiran minggu lepas, kumpulan duo Chot dan peserta solo, Am, akhirnya terpaksa melangkah keluar daripada program lawak paling popular, Raja Lawak 3 yang ke udara di Astro Prima (Saluran 105) malam tadi.


Chot yang dianggotai dua sahabat baik, Hazmeer Hassan, 19, dan Shaiful Bakri, 19, dari Negeri Sembilan hanya meraih undian SMS sebanyak 14.82 peratus iaitu kedua terendah berbanding 6 peserta lain. Mereka muncul dengan watak ayam dan itik bagi mengikut kehendak tema minggu ini iaitu "Aku adalah..."


Manakala Am atau nama sebenarnya, Aman Shah Azmi, 25, mendapat undian tercorot iaitu 12.55 peratus SMS. Am gagal meraih ketawa penonton dengan karektornya sebagai sebuah tangga.

Am berkata, meskipun tersingkir, dia tetap berterima kasih dengan segala pengalaman sepanjang beraksi dalam Raja Lawak 3, apatah lagi berjaya bertahan sehingga minggu ke-8.  



Walaupun saya terkeluar, saya tetap menganggapnya sebagai penyingkiran bermaruah. Lagipun, bukannya senang untuk sampai ke minggu ke-8 dan saya tak pernah menjangka untuk sampai ke tahap ini," kata Am. 


Sementara itu, anggota Chot pula berkata, kelemahan dari segi pengisian lawak serta penghayatan yang kurang menyebabkan mereka turut terkeluar pada minggu ini. 


"Sejak dari awal persembahan lagi, peratusan kami sudah rendah. Kami sudah pun buat apa yang termampu dan menjangkakan penyingkiran ini akan berlaku kepada kami minggu ini," kata Aman yang langsung tidak menunjukkan wajah hampa.


Pengumuman itu dibuat oleh 2 juri tetap Raja Lawak 3, Shamsul Ghau Ghau dan Zaibo. Seorang lagi juri tetap adalah Fauziah Nawi manakala pengarah filem Antoo Fighter, Azizi Chunk juga duduk di meja pengadil malam tadi. Program Gelanggang Raja Lawak 3 itu dipancarkan secara langsung dari Studio 1, Pusat Penyiaran Asia (ABC).


Antara persembahan yang melucukan adalah Jihan beraksi sebagai 'hujan' dan kumpulan Sepah pula sebagai 'kapur' . Semua peserta juga diberikan kejutan iaitu perlu mempersembahkan lawak bisu atau silent comedy (mime) secara spontan. 


Dalam segmen ini, Am walaupun tersingkir, telah menunjukkan lakonan bisu terbaik dan mendapat pujian Zaibo dan Fauziah Nawi.  

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics