Showing posts with label Geng:Upin dan Ipin. Show all posts
Showing posts with label Geng:Upin dan Ipin. Show all posts

February 18, 2009

Geng Upin-Ipin Dah Kaut RM2 Juta!


Terhibur sungguh  menonton filem animasi buatan kita, Geng: Pengembaraan Bermula lakonan 2 watak comel Upin & Ipin.


Bukan  nak propa macam  tu, tetapi berani jamin, filem ini sungguh lucu dan menghiburkan untuk semua lapisan usia dan kaum. Ia very Malaysian pada pandangan Murai Batu.

Terbukti, tanpa menggunakan suara pelakon top di Malaysia macam animasi Putih dan Silat Legenda pun animasi Geng ini tetap menggegarkan panggung. Ini bermakna kalau skripnya bagus dan dialognya pun lucu, orang akan terhibur kerana watak-watak kartun itu telah disuntik 'jiwa' macam lakonan manusia.

Sungguh membanggakan kerana selepas 5 hari tayangan, filem ini dah kaut RM2 juta! Jadi tidak mustahillah kalau semua peminat filem memberikan sokongan filem ini boleh mencecah sasaran tinggi yang diharapkan iaitu, RM10 juta. Harap-haraplah kan.

filem ini seronok ditonton sebab animasinya cantik dan mengagumkan. Walaupun ia tidaklah sehebat produski Hollywood iaitu Pixar Studio atau Dreamworks, namun dengan bajet RM5 juta itu, filem ini sudah nampak berkualiti dari segi visual dan kesan bunyinya.

Malah  pernah tengok ada filem animasi Barat dan Asia yang membosankan. Jadi Murai Batu sarankan, filem kartun Geng ini sebenarnya boleh juga dialihbahasakan ke Bahasa Thai, Indonesia, Tagalog mahupun Tamil sebab kita berkongsi beberapa budaya yang sama.

Yang geramnya, ada seorang kawan  bersikap sinikal untuk menonton filem ini apabila diajak ke panggung hujung minggu lalu. Liat sungguh dia nak beratur membeli tiket tapi apabila sampai saja di kaunter, dia terkejut kerana semua show hampir sold out pada hari itu. Mujurlah sempat juga dapat saki baki tempat duduk. 

[Sambung Baca...Disini]

February 10, 2009

Movie Review

Geng ,Upin dan ipin

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...


Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia. [Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics