June 4, 2010

[REVIEW] : Lagenda Budak Setan


- Filem ini berkisarkan cinta..Jadi pada mereka yang suka filem-filem seperti ini patot tengok.Meremang bulu roma melihat setiap scene yang turut diperdengarkan dengan OST Lagenda Budak Setan - Bila Cinta oleh Flianti Vlee dan juga satu lagi versi dinyanyikan oleh Lelaki yang saya sendiri masih tercari-cari identitinya.

- Cinta antara Ayu dan Kasyah, Azmi dan Ayu, Kasyah dan Emilia juga Katerina dan Kasyah.

- Persoalan bila mak Ayu bersetuju dengan rancangan Azmi supaya Ayu berkahwin dengannya.Dan bila mereka sudah berpisah/bercerai sekali lagi mak Ayu bersetuju dengan rancangan Azmi untuk menggagalkan rancangan Kasyah dan Ayu dari bersatu/berkahwin. Cinta Azmi terhadap Ayu yang agak sukar difahami kerana tidak berhenti-henti menyakiti Ayu.



Sinopsis Penuh :

Lagenda Budak Setan,mengenai Kasyah dan gengnya yang amatlah nakal.Berubah perangai [Kasyah] bila bertemu dengan Ayu.Ada sesuatu mengenai Ayu dan masa silamnya ketika bersama bekas kekasihnya, Azmi. Kasyah sudi menerima Ayu seadanya.

Dari sudut pandangan saya, Lagenda Budak Setan ini berkisar tentang cinta yang mampu mengubah seseorang. Dari seorang budak setan[nakal] berubah menjadi baik semata-mata ingin bersama ayu.Semuanya setelah Kasyah rasa bersalah apabila tindakan dia meletakkan cicak di dalam minuman coke Ayu dan akibatnya Ayu pon jatuh pengsan.Dari saat itu, Kasyah ingin menebus kesilapannya semata-mata ingin berkenalan dengan Ayu,di mana Ayu meletakkan syarat bahawa Kasyah haruslah berubah dan meminta maaf kepada semua mangsa-mangsa sikap nakalnya barulah Ayu memutuskan untuk menerimanya sebagai kawan.

Setelah lama berkenalan,Kasyah mula untuk lebih serius dengan Ayu tetapi ada sesuatu yang berlaku ketika Ayu & Azmi menjalinkan hubungan suatu masa dahulu. Kasyah sanggup menerima apa sahaja yang berlaku pada Ayu kerana rasa cintanya yang sangat mendalam.Ayu juga meminta Kasyah supaya menerima tajaan fakultinya untuk menjalankan kajian yang telah di taja semata-mata supaya Kasyah berjaya dalam bidang pelajaran yang diambilnya juga untuk masa depan mereka berdua.

Disebabkan janji Ayu yang setia menunggu sehingga Kasyah menghabiskan kajian dan menamatkan pelajaran dengan lulus kepujian, Kasyah sanggup berjauhan dengan ayu untuk menjalankan kajiannya yang akan dapat menjamin masa depannya serta Ayu.Cinta Kasyah pada ayu tidak pernah padam.Tanpa mengetahui Ayu dan Azmi telah berkahwin atas permintaan ibu Ayu kononnya sakit dan tidak boleh berada dalam keadaan yang risau walaupon perancangan perkahwinan ini atas rancangan Azmi.

Perkahwinan Ayu & Azmi tidak sebahagia yang diimpikan Ayu.Kerana cinta Ayu masih kuat pada Kasyah.Azmi tidak mampu membahagiakan Ayu,sehinggakan dia memukul Ayu setelah mengetahui Ayu masih menyimpan gambar dan hasil-hasil karya Kasyah yang sering dipamerkan di sebuah majalah.Ayu nekad melarikan diri dari rumah selepas kejadian itu dan mengalami kemalangan yang juga menyebabkan mukanya hancur teruk.

Azmi merasa sangat kesal dengan apa yang terjadi, dan berjanji akan berubah perangai juga sanggup berhabis berapa sahaja untuk mengembalikan wajah Ayu kepada yang asal.Ayu pada mulanya tidak mahu akan pembedahan plastik kerana tiada gunanya muka yang lawa jika hatinya tidak terasa gembira.Mungkin terasa kesal dengan sikap Azmi.Tetapi tetap melakukan pembedahan plastik tersebut dengan syarat Ayu mahu muka yang baru dan berlainan..kerana apa?

Setelah segala kajian Kasyah selesai,dia kembali semula untuk mencari Ayu.Sehinggalah Kasyah tahu bahawa Ayu sudah berkahwin dengan Azmi setelah diberitahu oleh rakan baik ayu suzana [Raja Farah].Terasa seperti Ayu telah mungkir janjinya untuk menunggunya habis belajar dan hidup bersama selepas itu.Permulaannya,Kasyah tidak tahu bahawa apa yang berlaku pada Ayu yang sudah berlainan rupa.Emilia yang diperkenalkan oleh suzanna kepada Kasyah yang juga merupakan majikan tempat Kasyah ingin memohon kerja.

Kasyah merasa pelik akan gerak geri Emilia yang terlalu mirip dengan gerak geri Ayu.Emilia/Ayu meminta Suzanna merahsiakan identiti sebenarnya [Ayu] dari Kasyah kerana terasa malu dengan tindakkannya yang mungkir janji untuk hidup bersama Kasyah.Kerana itulah dia mengubah wajahnya menjadi wajah yang lain.Tetapi Kasyah menerima ayu semula setelah mengetahui apa yang sudah berlaku padanya di kala dia sudah berlainan rupa [emelia] juga perhubungan Ayu dan Azmi yang sudah bercerai selepas kemalangan yang menimpa Ayu.

Tetapi sayang sekali, mereka berdua di duga sekali lagi apabila Emilia/Ayu hilang ingatan.Azmi yang sudah pun merancang untuk menggagalkan rancangan Kasyah dan Emilia/Ayu untuk bersatu semula sekali lagi mengasari Emilia/Ayu.Segalanya kerana Azmi tidak dapat menahan perasaan apabila Emilia/Ayu tidak mahu lagi melihat Azmi dan melepaskan cacian dan makian terhadap Azmi yang menyebabkan Azmi sekali lagi tidak dapat menahan rasa marah dan mengasari Emilia/Ayu menyebabkan dia terjatuh dan hilang ingatan.Kasyah cuba sedaya upaya untuk mengembalikan ingatan Emilia/Ayu berdasarkan diari dan juga kenangan-kenangan ketika mereka bercinta dulu.Akhirnya,mereka bersatu dan tidak lama selepas itu Emilia/Ayu mengandung dan ketika hendak melahirkan anak, Emilia/Ayu mengembuskan nafas terakhirnya.(meninggal ketika hendak bersalin)

Juga,watak yang dibawa fazura [Katerina],pemilik sebuah syarikat pengiklanan.Kasyah mula bekerja dengan katerina setelah bekas syarikatnya dulu gulung tikar.Permulaannya Katerina tertarik hati dengan Kasyah, sehinggakan bekas teman lelaki Katerina memukul Kasyah atas dasar cemburu.Ada sedikit babak yang agak lawak selepas scene Kasyah dipukul. Katerina tanpa menyedari Kasyah sudah mempunyai kekasih.Katerina dengan hati yang terbuka menerima semua itu dan membawa diri jauh ke luar negara dengan alasan ingin melanjutkan pelajaran.

Barisan Pelakon : Lagenda Budak Setan 


Farid Kamil - Kasyah


Lisa Surihani - Ayu


Que Haidar - Azmi


Nur Fazura - Katerina


Shiqin Kamal - Emilia 

P/s : "Berakhirnya Bahagian 1"..Awal-awal dah bagi rating 3.5...kasi up lagi 5/5.Pergi lah layan filem nih...sediakan tisu sekali? 




blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics