June 29, 2010

Drama Bersiri : Tudung Ekspress


Drama bersiri arahan Faizal Ishak, mengisahkan tentang kehidupan empat orang wanita bertudung yang memiliki sifat atau perangai yang tersendiri dan kisah hidup mereka. Drama bersiri ini akan mula ditayangkan mulai 8 Julai ekslusif di saluran Astro Prima. Apa yang menarik di dalam drama bersiri ini, tiada pelakon yang memegang watak sebagai pelakon utama ataupon pelakon pembantu.

Watak-watak dalam drama ini seperti Erin ( Lisa Surihani ), Del ( Linda Hashim ), Mei (Chermaine) dan juga Julia Ziegler. Drama bersiri 13 episod ini juga membawakan kelainan dari segi jalan ceritanya. Jika sebelum ini wanita bertudung digambarkan sebagai orang kampung atau gadis yang ayu, tetapi drama bersiri ini sebaliknya menggambarkan kesemua watak sebagai wanita bekerjaya dan tidak takut menghadapi apa jua halangan untuk menggapai impian.



Lisa yang membawakan watak Erin, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya. Seperti remaja lain dia tidak terlepas dengan masalah cinta kerana diintai oleh seorang jejaka yang meminatinya. Pada saya, watak Erin  agak berbeza dengan watak-watak yang pernah dijayakan oleh Lisa kerana ianya agak kelam kabut, kelakar dan dalam masa yang sama ambil berat mengenai rakan-rakannya.

Julia membawakan watak sebagai seorang ibu bekerjaya. Dilema yang dihadapi pula adalah kerana sikapnya yang sangat mementingkan kesempurnaan. Linda membawakan watak sebagai Del, seorang wanita muda yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang tersebut. Keadaan itu menyebabkan dia berdepan dengan pelbagai masalah.

Chermaine pula memainkan watak sebagai Mei iaitu seorang saudara Islam baru, dan berdepan dengan masalah penerimaan keluarga terhadap agama yang menjadi pilihannya," kata Faisal yang optimis drama tersebut akan disukai ramai apabila ditayangkan kelak.

P/s : Entah sempat tengok..entahkan tidak?.....

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics