March 21, 2009

Akademi Fantasia 7....Zizi

Profil Penuh

Agama
- Islam

Bangsa
- Bajau 

Status
- Bujang

Asal
- Semporna, Sabah 

Tinggi
- 5’2 

Berat
- 44kg

Hobi
- Menyanyi dan mendengar MP3

Pengalaman bidang hiburan
- Pernah mengikuti pertaningan lagu-lagu tradisional asli dan menjadi penyanyi utama kumpulan nasyid yang memenangi Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2004.

Penyanyi Idola
- Siti Nurhaliza

Impian
- Berjaya dalam hidup dan menjadi penghibur. Anak sulung dari enam beradik ini tidak pernah menjadikan alasan masalah yang dihadapinya untuk berjaya. Dia begitu fokus dalam setiap perkara yang dilakukan

Adik-beradik
- Sulung daripada enam beradik

Deskripsi: Anak gadis dari Sabah ini begitu menyimpan hasrat menjadi penghibur yang berjaya.

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
- Pertandingan nyanyian terbuka sempena Pesta Rumba di Kuala Penyu yang mana saya peserta termuda berumur lima tahun.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
- Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
- Persolekan dan dandanan

Apakah matlamat hidup anda?
- Sentiasa mengakis kelemahan yang ada pada diri saya untuk menjadi manusia yang berjaya dalam hidup. 

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
- Stacy

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
- Arnab saya yang bernama Cece Bit Bit telah mati meninggalkan saya.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
- Mendapat surat tawaran meneyrtai Akademi Fantasia yang emnjadi idaman berjuta rakyat Malaysia.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
- Kesukaran membuat keputusan.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
- Pengalaman pahit apabila arnab kesayangan saya mati. Pengalaman manis saya ialah kumpulan nasyid kami telah menjadi Juara keseluruhan Nasyid Peringkat Kebangsaan 2004.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 – 2008.
- Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, lahirnya seorang angkasawan pertama Malaysia dan Stacy menjadi Juara AF pertama yang berasal dari Sabah.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
- Meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
- Mengelakkan peperangan dengan memupuk semangat perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
- Mengharumkan nama Malaysia di mata dunia serta memartabatkan industry tanahair kita. 

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa?
- Saya akan membawa kamera video untuk merakam keajaiban di bulan yang tidak terdapat di bumi.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya. Kenapa?
- Saya tidak berminat memelihara binatang lagi selepas kematian arnab saya. 

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
- Kucing sebab kucing haiwan yang sangat disayangi. 

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
- Suara
- Penampilan
- Tahi lalat di atas bibir saya
 

0 Lampu Hijau:

Post a Comment

ape korang rase ngn entri nih...
Comment ape2 yg sesuai allowed here...

 
Web Statistics