December 8, 2014

Musik Video dalam format gambar FULL HD, hanya di Youtube




Pernahkah anda dengar akan tajuk-tajuk lagu dalam gambar di atas? Lagu yang satu masa dahulu agak popular, dan sehingga kini masih lagi dicari dan dimainkan di corong-corong radio atau laman web. Lagu yang tidak pernah jemu didengar, rentak muzik yang perlahan tapi akan mampu membuat sesiapa sahaja untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut bersama. 


Sekarang, sudah mudah untuk melihat lagu-lagu yang pernah popular satu masa dulu ini bukan sekadar untuk didengar malah Musik Video juga sudah dinaik taraf ke format video FULL HD ( High Definition). Syarikat-syarikat rakaman sudah mula mengupload Musik Video ini menggunakan akaun youtube mereka. Rasa agak sukacitanya apabila kualiti Musik Video ini dalam format FULL HD (1080p). 


Cuma ada sesetengah Musik Video, format dibawah FULL HD, kualiti gambar masih baik dan jelas berbanding dengan Musik Video ini jika dibandingkan dengan versi asal. Jadi, masih boleh dilihat Musik Video ini dengan jelas pada format 480p. Masih nampak jelas tanpa sebarang blur atau gambar kabur. 


Buat masa sekarang, official youtube akaun yang telah pon di "subscribe"....  SRC Music, FMC Music, Warner Music Malaysia dan akan ada lagi penambahan selepas ini. Ikut pada minat masing-masing, harap bukan saja dapat mendengar lagu-lagu favourite anda pada masa dulu, malah melihat Musik Video dalam format gambar Defini Penuh ( HD).

P/s : Sambil dengar dan lihat Musik Video, tanpa sedar turut menyanyi dengan penuh perasaan! itulah nostalgia, legend... takkan muak didengar dari dulu hingga kini.


blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics